Resipi Mee Bandung Sedap. Rupanya Pakai Biskut Saja Untuk Pekatkan Kuah

resipi-senang-mee-bandung-muar-24


Mee Bandung sedap dengan bahan rahsia yang mudah. Inilah resepi rahsia saya menyediakan Mee Bandung yang mengundang nafsu makan tak boleh berhenti.

Kalau masak ikut resepi yang saya bagi, jangan salahkan kedai runcit kalau mee kuning habis di pasaran. Jom ikut langkah demi langkah menyediakannya.
1. Ok ni 2 bahan yang saya gunakan iaitu ayam dan udang. Wajib ada UDANG! Udang tu asingkan kulit dan kepala, tapi jangan di buang. Kulit dan kepala akan digunakan pada step yang seterusnya. Kalau korang nak letak sotong ke daging ke terpulang koranglah ye.
resipi-senang-mee-bandung-muar-4
2. Kita tengok bahan lain yang di perlukan. Kentang yang dipotong dadu, cili kering yang di kisar, sayur-sayuran, cili sos, tomato sos, mee kuning.
resipi-senang-mee-bandung-muar-5
3. Kentang dadu dan kulit udang yang dipisahkan dari badannya tadi siap untuk di goreng dengan sedikit minyak. Haaaa. Ini juga RAHSIA MEE BANDUNG jadi sangat sedap.
resipi-senang-mee-bandung-muar-6
4. Goreng sampai kulit udang berubah warna.
resipi-senang-mee-bandung-muar-7
5. Bila dah berubah warna masukkan 2 cawan air dan biarkan kentang empuk. Kenapa tak terus rebus saja kedua-dua bahan tadi? Kenapa nak kena goreng dulu? Sebab bila rebus sahaja aroma udang tak keluar dan kentang kurang manisnya.
resipi-senang-mee-bandung-muar-8
6. Ok bila kentang dah empuk, buangkan kulit udang dan biarkan kentang sejuk seketika.
resipi-senang-mee-bandung-muar-9
7. Dah sejuk bolehlah di blend kentang bersama air rebusan udang tadi.
resipi-senang-mee-bandung-muar-10
8. Jadilah macam ni. Ok kita ke step yang seterusnya.
resipi-senang-mee-bandung-muar-11
9. Sediakan 3 ulas bawang merah dan bawang putih.
resipi-senang-mee-bandung-muar-12
10. Blend atau tumbuk bawang tadi.
resipi-senang-mee-bandung-muar-13
11. Tumiskan bawang.
resipi-senang-mee-bandung-muar-14
resipi-senang-mee-bandung-muar-15
12. Masukkan cili kering kisar. Ikutkan la nak banyak mana. Kalau nak pedas lebihkan cilinya.
resipi-senang-mee-bandung-muar-16
13. Tunggu bahan hingga garing dan pecah minyak.
resipi-senang-mee-bandung-muar-17
14. Dah garing masukkan ayam dan udang.
resipi-senang-mee-bandung-muar-18
15. Biar hingga air ayam keluar.
resipi-senang-mee-bandung-muar-19
16. Tambah 3 cawan air dan masukkan 3 sudu besar cili sos dan 2 sudu besar tomato sos.
resipi-senang-mee-bandung-muar-20
17. Kacau sebati dan masukkan air rebusan kentang yang di kisar tadi.
resipi-senang-mee-bandung-muar-21
18. Ini adalah satu bahan rahsianya. Kacang tumbuk yang menjadikan mee bandung pekat dan juga lemak berkrim. Kacang ni banyak di jual di kedai runcit atau pasaraya. Jangan cari kat kedai basikal sudah.
resipi-senang-mee-bandung-muar-1
19. Masukkan bahan RAHSIA iaitu kacang tumbuk.
resipi-senang-mee-bandung-muar-22
20. Kacau sehingga semua sebati dan bolehlah di tambah garam, gula mengikut citarasa sendiri. Kalau korang guna bahan perasa boleh lah tambah tapi jangan banyak. Saya tak guna.
resipi-senang-mee-bandung-muar-23
21. Akhirnya bolehlah di hidangkan di dalam pinggan yang paling cantik ada kat rumah korang.
Resepi ni kalau korang buat, korang dah tak nak order dah kat restoran atau kedai makan, sebab takkan dapat rasa macam yang resepi saya bagi nih. erius!
Memang sedap, perfect dengan bahan dan kos yang mampu milik.
Minyak pun kurang guna.
resipi-senang-mee-bandung-muar-24
22. Ni gambar bagi korang panas hati nak cuba buat.
resipi-senang-mee-bandung-muar-2
23. Korang nampak tak kesedapannya dah terserlah? Nampak ke tidak? Bayangkan saat korang hirup kuah mee bandung tu, terasa manis pedas masin masam semua di satukan dalam mulut korang. Ya ampun. Nikmat der.
resipi-senang-mee-bandung-muar-3

No comments

Powered by Blogger.