Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Bagaimana Dia Keluar 'Dating' Dengan Seorang Pelacur & Akhirnya Ini Terjadi..

1

Setiap orang dalam dunia ni mempunyai kisahnya yang tersendiri. Kadang-kadang kita nampak orang tu happy tapi dalam sebaliknya, nampak orang tu banyak duit tapi tak bahagia dan macam-macam lagi. Benda yang kami cakap tu boleh dikaitkan dengan kisah ni.
Pada satu hari, lelaki ni ditakdirkan bertemu dengan seorang pelacur. Wanita tu datang seolah-olah ingin bagi ‘servis’ kepada lelaki tersebut.. Dan apa yang lelaki itu buat selepas itu pasti buat anda akan rasa respect kat lelaki ni. Sesetengah orang kalau dah terdesak, diorang akan lakukan apa sahaja untuk teruskan hidup. Walaupun benda tu bukanlah pilihan diorang..

Sehari bersama seorang pelacur..

screen-shot-2016-11-27-at-11-51-18-pm

screen-shot-2016-11-27-at-11-52-29-pm
Pada November lepas, lelaki yang bernama Josh Stoneman telah ke Kemboja. Pada satu hari, dia bangun tidur dan terus keluar bersiar-siar tanpa hala tuju. Tapi, apa yang dia tahu ialah dia ingin ambil angin serta ambil beberapa gambar di kawasan bandar dan sungai di Kemboja.
Selepas berjalan, dia duduk di pinggir sungai dan lihat pemandangan sekeliling. Selepas itu, datang seorang wanita duduk di sebelah. Dari segi penampilan gadis tu, Josh fikirkan bahawa wanita tu adalah seorang pelacur.

‘Saya bukan pelanggan, saya kawan..’

screen-shot-2016-11-27-at-11-52-42-pm
Wanita itu mengenalkan dirinya sebagai Anette. Mereka berdua senyap seketika dan selepas itu Josh terus bertanya ‘awak apa khabar?’. Walaupun Anette tak berapa lancar berbahasa Inggeris, Josh faham apa yang Anette ingin sampaikan. Mereka berborak mengenai sungai dan bandar di Kemboja selama beberapa minit.
Akhir sekali Josh tanya apa pekerjaan Anette. Anette menjawab pekerjaan dia ialah seorang pelacur. Bila dia memberitahu pekerjaannya, Josh nampak raut mukanya yang sedih dan pada yang sama ingin tahu bahawa Josh berminat ingin jadi pelanggannya atau tidak. Lalu Josh bagitahu ‘Saya bukan pelanggan, saya seorang kawan’.

Tidak pernah dibawa makan oleh seseorang sebelum ni..

screen-shot-2016-11-27-at-11-51-25-pm
screen-shot-2016-11-27-at-11-52-52-pm
Josh lihat keadaan fizikal Anette, boleh katakan bahawa Anette mempunyai rutin makanan yang tak seimbang. Josh bertanya dimana kedai makanan yang menarik di sana. Selepas memberitahu beberapa pilihan restoran di situ, Josh menawarkan untuk belanja Anette makan.
Semasa mereka berjalan, dia nampak beberapa orang lihat ke arah Anette. Kaum wanita lihat Anette dengan perasaan jelik, kaum lelaki sebaliknya. Akhirnya mereka sampai di kedai makan. Josh bertanya, ‘Pernahkah sebelum ni seseorang bawa awak makan?’ Anette menjawab ‘Tidak pernah’.

Selepas itu, Josh bawa Anette ke market..

screen-shot-2016-11-27-at-11-50-55-pm
screen-shot-2016-11-27-at-11-53-00-pm
screen-shot-2016-11-27-at-11-53-09-pm
Selepas makan, Josh dengan Anette pergi ke pasar. Tapi kali ni Josh rasa berbeza dari kebiasaan. Jika sebelum ni, Josh sering disapa oleh penjual-penjual barang pakaian, tapi tidak pada kali ni. Penjual nampak kelibat Anette bersama Josh dan terus beralih pandangan seolah-olah mereka tiada disitu. Mereka akhirnya membeli seluar jeans dan baju. Dengan $32 (Matawang Kemboja), Anette dapat membeli sepasang kasut baru, pakaian untuknya dan juga untuk adik perempuannya.
Selepas membeli belah, Josh dan Anette terus sambung berbual dan ingin tahu antara satu sama lain dengan lebih dekat. Pada ketika itu Josh rasa sebak kerana Josh sedih cara orang lihat Anette, cara Anette melihat dirinya sendiri dan cara orang lihat mereka bersama.

‘Tapi saya perkara yang sebenar..’

screen-shot-2016-11-27-at-11-53-17-pm
Josh percaya bahawa Anette bukan sahaja seorang pelacur, dia seorang pewaris. Dia berhak untuk mendapat kasih sayang seperti manusia yang lain. Selepas dia dapat pakaian, Josh beri wang lebih dan akhirnya mereka berpisah. Anette akhirnya percaya bahawa Josh tidak mengharapkan balasan.
Josh nampak Anette berjalan dengan semangat dan gembira sekali. Dengan pakaian baru, makanan, Josh sedar bahawa Tuhan itu pemurah dan penyayang. Josh menyeru agar kita sebagai sesama manusia, lakukan kebaikan dan tak mengambil kesempatan ke atas insan yang kurang bernasib baik.
Sumber: Josh Stoneman

No comments

Powered by Blogger.