McDonald’s Lancar ‘Nutella Burger’ Untuk Pasaran Itali
enjadi perkara biasa untuk McDonald’s memasukkan menu special untuk sesebuah negara. Baru-baru ini, McDonald’s Malaysia menjual cakoi untuk dimakan dengan bubur. Siapa yang sudah cuba?
Tetapi McDonald’s Itali pula melancarkan sesuatu yang epik iaitu Nutella burger. Hm, burger seperti ini yang buatkan ramai ingin terbang ke Itali sekarang juga untuk merasai sendiri kesedapan burger ini.
Burger ini akan dipenuhi dengan Nutella di dalam rotinya yang tebal dan tiada sebarang kandungan daging akan dimasukkan ke dalam burger ini. Ianya akan mempunyai kotak burger yang tersendiri sama seperti Big Mac atau Quarter Pounder. Yummy!
Nutella burger ini akan dijual di semua McCafe untuk anda nikmati burger ini bersama kopi premium anda. Dear McDonalds, harap-harap Nutella burger ini juga akan dijual untuk pasaran Malaysia. Terima kasih.
Post a Comment