Kerepek Kentang Paling Mahal Di Dunia Ini Dijual Pada Harga RM47 Sekeping
Sanggupkan anda membayar RM47.00 hanya untuk menikmati sekeping kerepek kentang? Bunyi seperti tidak masuk akal. Sebuah syarikat yang dikenali dengan nama St. Erik kini memegang rekod sebagai pengeluar kerepek kentang paling mahal di dunia.
Kerepek kentang termahal di dunia ini dijual pada harga $56 Usd sekotak, iaitu bersamaan RM235 bagi setiap kotak. Untuk setiap kotak pula, hanya terdapat 5 keping sahaja kerepek kentang, ini bermakna harga untuk sekeping kerepek kentang bersamaan $11.2 Usd iaitu dalam lingkungan RM47.00 setiap keping. Wow!!
Kerepek kentang ini dihasilkan menggunakan 5 ramuan istimewa iaitu cendawan Matsutake yang dipetik dari kawasan hutan di utara Sweden, rumpai laut trufel dari Kepulauan Faroe, herba Crown Dill dari Semenanjung Bjare dan bawang Leksand, manakala Ubi kentang yang digunakan pula diperoleh dari kawasan Ammarnas di utara Sweden.
Menurutnya, resepi yang digunakan untuk menghasilkan kerepek kentang ini belum pernah digunakan oleh mana-mana pihak lagi. Dilaporkan, sebanyak 100 kotak pada pengeluaran pertama habis dijual.
Mahal betul harga, zaman sekarang ni mahu beli kerepek kentang RM2.30 pun saya masih fikir 2-3 kali.
Post a Comment