21 Tip Dan Persiapan Buat Anda Sewaktu Di Dalam Kapal Terbang
Berikut ialah TIPS sebelum menaiki kapal terbang, peralatan dan pakaian yang tidak digalakkan dipakai bila anda nak ‘fly‘, dan etika bila di udara melalui pengalaman saya sepanjang 5 tahun menjadi traveler.
1. Elakkan barisan ada keluarga dan kanak-kanak
Sewaktu berbaris untuk pemeriksaan keselamatan, elakkan barisan yang ada keluarga dengan anak-anak kecil. Kecepatan mereka tak sama dengan anda yang solo atau berdua.
2. Buka jaket, jam, tali pinggang dan keluarkan barang elektronik
Untuk mempercepatkan pemeriksaan dan memendekkan barisan, penting untuk anda bersiap sedia dengan mengeluarkan siap-siap segala alatan elektronik dan cecair dari bagasi tangan anda.
Buka jaket / sweater, tali pinggang dan kasut boot, dan keluarkan duit syiling dari poket. Masukkan botol-botol cecair anda dalam satu plastik boleh zip yang lutsinar!
Bergerak cepat bila dipanggil dan ambil barang-barang anda segera dan pakai semula di kawasan yang jauh dari kawasan pemeriksaan!
3. Bawa botol kosong
Jangan beli air botol, sebaliknya bawalah botol kosong anda sendiri. Hampir semua airport di dunia ada mesin air percuma tinggal isi saja.
Maka anda tak perlu pun beli air botol sebelum pemeriksaan ataupun selepas. Kan jimat duit! Botol kosong takkan dirampas ketika pemeriksaan.
4. Patuhi had saiz bagasi tangan
Jangan degil bawa beg jauh lebih besar dari had. Ini ialah sikap penting diri! Bila anda patuhi saiz, beg anda boleh disimpan menegak kerana beg yang disimpan melintang di atas membazir ruang.
5. Elakkan dari memakai terlalu banyak barang kemas
Kalau nak juga pakai, masukkan dalam plastik ataubeg kecil sebelum berbaris untuk pemeriksaan. Lepas pemeriksaan bolehlah pakai semula.
6. Elakkan memakai pakaian ketat terutama dalam penerbangan jarak jauh
Dalam penerbangan panjang hampir setiap masa anda duduk di kerusi anda tanpa banyak pergerakan maka pakaian ketat boleh menyebabkan DVT (deep vein thrombosis) iaitu penggumpalan darah dalam salur darah.
Kaki boleh bengkak kerana darah tak mengalir. Selamatkan diri anda dari perkara ini.
7. JANGAN PAKAI KASUT TINGGI (heels) tak kiralah anda di kelas pertama, bisnes atau ekonomi
Ini penting kerana tumit kasut tinggi BIASANYA TAJAM boleh bocorkan gelongsor kecemasan kapal terbang bila anda memijaknya dan ini boleh melambatkan pergerakan anda ketika waktu kecemasan!
Bayangkan apa yang akan terjadi kepada anda dan penumpang lain! Pakailah kasut sarung atau kasut sukan yang mudah dibuka dan yang mampu melindungi kaki anda ketika waktu kecemasan.
Nak bergaya boleh bergaya nanti bila sampai destinasi. Who knows that your heels can cost other people’s lives?
8. Jika anda travel ke destinasi bermusim sejuk, ‘pack’ baju sejuk dan jaket tebal anda dalam bagasi kargo
Pakailah beberapa lapisan baju dan jaket nipis ketika dalam kabin. Kalau nak juga bawa jaket tebal dalam kabin, pek guna beg vakum dan masukkan dalam bagasi tangan anda. Ini untuk menjimatkan ruang dan memudahkan pergerakan dalam kabin bukan saja untuk anda tapi untuk penumpang lain.
Dalam kapal anda juga boleh minta selimut. Ia jauh lebih baik dari pakai jaket tebal-tebal yang merimaskan. But please don’t steal the blanket!
9. Elakkan dari memakai skirt pendek dan pakaian yang terlalu berjurai
Bila berlaku kecemasan, skirt pendek anda takkan melindungi anda dari elemen cuaca dan bahaya persekitaran. Dan pakaian terlalu berjurai pula boleh menyebabkan anda tersangkut di kerusi-kerusi ketika anda bergerak menuju pintu kecemasan.
10. Jangan tidur sewaktu kapal terbang berlepas dan mendarat
3 MINIT PERTAMA dan TERAKHIR di setiap penerbangan ialah MINIT PENTING atau masa hidup dan mati kerana menurut statistik, sebahagian besar kemalangan udara berlaku ketika berlepas dan mendarat. Maka JANGAN TIDUR di 3 minit pertama dan terakhir ini!
11. Tumpukan perhatian kepada demo keselamatan
Walau anda sudah terbang beberapa kali, sentiasa TUMPUKAN PERHATIAN terhadap demo keselamatan kerana peraturan setiap kapal mungkin berbeza dari kapal lain. Perhatikan dan ingat di mana pintu kecemasan terdekat dengan anda. Sentiasa peka dengan arahan anak kapal!
12. Sentiasa pakai tali pinggang bila di tempat duduk anda walaupun tiada ‘turbulence‘!
Benda macam ni datang tanpa amaran, dan anda tak mahu tercampak hingga kepala terhentak di ‘overhead compartment’ dan yang lain-lain yang boleh menyebabkan kecederaan serius.
13. Jangan buka kasut
Tolong jangan buka kasut jika anda tahu anda bukan jenis pembersih/ada kaki busuk! Udara dalam kabin dikitar semula, bau busuk dan sebagainya boleh kekal dalam kabin dan menyebabkan ketidakselesaan penumpang lain. Kalau nak juga, pastikan stokin anda bersih dan jangan buka stokin.
14. Be considerate
Jika anda perlu baringkan kerusi, baringkan dengan berhati-hati kerana kita tak tahu kalau orang kerusi belakang sedang gunakan meja untuk makan/minum air panas dan sebagainya.
15. Ajari anak adab dan tatasusila sewaktu di dalam penerbangan
Ajari anak-anak anda untuk tak menendang kerusi di hadapan. Ini merupakan salah satu perkara paling tak disukai oleh kita semua ketika di udara. Usahakan, buat anak anda dengar nasihat anda bukan anda pula dengar kata mereka.
16. Jangan tamak ruang
Arm rest ialah hak utama buat yang duduk ditengah-tengah. Jika anda duduk ditingkap atau di aisle, anda dijamin ada satu arm rest. Kalau anda ambil dua-dua, yang duduk tengah tak dapat apa-apa. Be considerate!
17. Hormati privasi penumpang lain
Kalau yang duduk di sebelah anda bukan yang anda kenal dan mereka tak mahu berbual dengan sesiapa pun, jangan paksa! Berikan privasi!
18. Cuba tunggu waktu sesuai untuk ke tandas
Bila nak ke tandas, tunggulah masa sesuai, bukan sewaktu anda nampak anak kapal sedang sorong troli makanan dan minuman! Selepas anda makan, tunggu sehingga anak kapal kumpul dulang barulah anda bangun.
19. Jaga kebersihan tandas
Gunalah tandas macam mana anda guna tandas di rumah anda. JANGAN BUAT KECAH/SEPAH. Jangan juga guna tandas terlalu lama, ingatlah bahawa dalam kapal ada penumpang lain juga. Again, BE CONSIDERATE.
20. Isi borang ketibaan dan pastikan siap sebelum kapal terbang mendarat
Ketika dalam penerbangan atau sebelum keluar dari kapal, isikan borang/kad ketibaan! Jangan tunggu sampai imigresen baru nak isi. Dengan itu penting untuk anda bawa satu atau dua pen dalam beg anda!
21. Tunggu bila kapal sudah betul-betul berhenti baru anda bangun ambil beg
TUNGGU GILIRAN anda untuk bergerak ke depan kapal. Tak perlu berebut-rebut Ambil beg dan bergerak secara cekap.
Akhir sekali, HORMATILAH ANAK-ANAK KAPAL/FA/pramugari dan pramugara. Elakkan dari berlawan cakap atau bergaduh tak kira di lapangan terbang, waktu pemeriksaan, terutama sekali ketika di atas kapal.
Kalau anda tak puas hati dengan servis, bincang di tepi atau di belakang orang awam. Tak perlu marah-marah atau jerit-jerit. Mereka ini membantu memudahkan urusan anda, mereka ini juga manusia dan ada perasaan. Be civilized!
Happy flying and traveling!
Post a Comment