10 Tip Travel Dengan Keluarga Di Gold Coast Australia Tanpa Pemandu Pelancong

tip-melancong-ke-gold-coast-australia-22


Saya nak kongsikan beberapa tips ke Gold Coast tanpa guna ejen travel.

1. Tiket penerbangan
Kalau beli setahun awal rasanya boleh dapat harga RM299, kalau beli lambat, harga antara RM1200 ke RM1800. Dan kalau ada promosi mungkin boleh dapat RM800. Kuala Lumpur – Gold Coast (8 jam) and waktu Gold Coast cepat 2 jam daripada Malaysia.
2. Hotel
Chateau Beachside, Surfers Paradise RM350 per malam tak ada penghawa dingin, ada kipas je. Sangat disarankan sebab view memang betul-betul tengok Surfers Paradise Beach, siap boleh tengok sunrise setiap pagi and hotel ni berada di pusat bandar.
Senang nak naik tram, bas dan dekat dengan Hard Rock, Sufers Paradise Sign, Ozi Kebab, 7Eleven, eh banyak lagi lah. Dekat jugak dengan butik LV, Hermes, Prada, Gucci, ops.
3. Visa ETA untuk Australia
Boleh email dekat eta.australia@yahoo.com informasi anda seperti gambar passport, email, nombor telefon, informasi penerbangan, alamat rumah. Bila ETA  dah siap, boleh bank in RM20 per orang.
4. Makanan
Peraturan Australia sangat ketat dengan makanan luar. Makanan berasaskan tenusu sangat dilarang. Pastikan anda ‘declare’ makanan apa yang anda bawa sebab di lapangan terbang nanti ada lane 1 dan lane 2.
Kalau diaorang suruh pergi lane 2 nasib la kena geledah dengan anjing bagai tapi jika diaorang suruh pergi lane 1, yeay exit!
Dekat area Surfers Paradise jangan lupa cuba pizza and kebab yang sangat sedap seperti Ozi Kebab dan Theo’s Kebab berhampiran Hard Rock Café. Biasanya harga 1 set kebab siap kentang dan air tin dalam AUD 10 – AUD 12. Dan harga 1 pizza AUD 3. Jika 2 keping harganya AUD 5.
5. Simkad
Di lapangan terbang atau di sekitar hotel boleh beli simkad OPTUS YES (warna kuning). Harganya AUD 10 saja! Lepas tu topup lagi AUD 10. Ha online la sampai pengsan. Internet dia sangat laju.
6. Tempat beli barang untuk memasak
Nak beli barang makanan cari bangunan Hard Rock. Kat situ ada Woolworths. Masuk dalam tu dan turun bawah. Macam-macam ada dalam tu.
7. Pengangkutan
Guna pengangkutan awam sudah! Sangat senang bak hang. Tak payah nak sewa kereta beratus dollar, isi minyak dan kena tengok waze bagai. Dan semasa di lapangan terbang beli Go Card Pass (macam Touch N Go) dekat kiosk sebelah pusat informasi (information centre). 1 kad berharga AUD 10.
Kemudian topup untuk pass 1 hari berniali AUD10 darab berapa hari berada kat sana, setel! Dalam sehari tu, touch lah banyak kali dan go lah ke mana-mana pun naik tram atau bas hihihi.
8. Tram
Tak susah pun tram di Gold Coast dan semestinya tak berbelit macam Korea, Londondan Paris. Ada 16 stesen sahaja dan kami hanya lalu 6 stesen saja.
tip-melancong-ke-gold-coast-australia-2
GO CARD UNTUK TRAM DAN BAS — IN GOLD COAST, QUEENSLAND.
tip-melancong-ke-gold-coast-australia-3
SIMCARD OPTUS
tip-melancong-ke-gold-coast-australia-4
CHATEAU BEACHSIDE RESORT — IN GOLD COAST, QUEENSLAND.
tip-melancong-ke-gold-coast-australia-5
VIEW DARI BILIK CHATEAU BEACHSIDE RESORT.
tip-melancong-ke-gold-coast-australia-1
SURFERS PARADISE SIGN (WAJIB TANGKAP GAMBAR).
tip-melancong-ke-gold-coast-australia-6
SUPERMAN ESCAPE DI MOVIE WORLD.
tip-melancong-ke-gold-coast-australia-7
BATMAN ROADSHOW DI MOVIE WORLD.
tip-melancong-ke-gold-coast-australia-8
HOLLYWOOD STUNT DRIVER SHOW DI MOVIE WORLD.
tip-melancong-ke-gold-coast-australia-9
SEA WORLD.
tip-melancong-ke-gold-coast-australia-10
DOLPHINE — IN GOLD COAST, QUEENSLAND.
tip-melancong-ke-gold-coast-australia-11
PENGUIN ENCOUNTER, SEA WORLD — IN GOLD COAST, QUEENSLAND.
tip-melancong-ke-gold-coast-australia-12
NINJA TURTLE SHOW, SEA WORLD — IN GOLD COAST, QUEENSLAND.
tip-melancong-ke-gold-coast-australia-24
9. Bas
Dari lapangan terbang ke Surfers Paradise ambil bas 777 dan Tram.
Lepas beli Go Card Pass tu, keluar je dari lapangan terbang cari bas no 777 dan naik sampai Broadbeach South. Kemudian naik tram dan berhenti di stesen Surfers Paradise atau di Cavill Avenue (Hard Rock).
Dari Sufers Paradise nak pergi Themepark, cari hentian bas. Boleh tanyareception hotel dan naik bas berikut :
SeaWorld (Bas no 705)
Movie World, Wet N Wild (Bas TX2)
Currumbin Wildlife (Tram da Bus 700)
Nota: Jangan lupa semak jadual bas.
Sufer Paradise Beach. Ombaknya sangat kuat sebab banyak bangunan di tepi pantai tu. Air sangat-sangat sejuk, celup kaki kejap je dah kot. Hehe.
10. Themepark
Movie World, Seaworld dan Wet N Wild AUD89.99 per orang.
Currumbin Wildlife AUD35 per orang. Nak tangkap gambar dengan Koala AUD 23.
Tiket boleh beli online atu beli di kiosk kat sana pun boleh.
Recomended Itinerary
Hari 1
7.30 am tina di Gold Coast Airport. Check in hotel tapi tak boleh masuk lagi. Jadi cakap kat reception nak tumpang beg dekat stor dia orang. Pastikan masa buat tempahan hotel di Agoda, letak remarks nak check in awal.
Jalan-jalan di sekitar Surfers Paradise. Pergi makan kebab, cari tiket themepark, tangkap gambar di sekitar Surfers Paradise, atau mandi pantai (ombak sangat kuat).
Hari 2
Hasbiskan sepanjang hari di Seaworld. Buka seawal jam 10 am hingga 5 pm. Jangan lupa tengok jadual. Ada banyak show seperti Dolphine Show, Sea Lion Show, Ninja Turtle Show, Dora Show, Spongebob Squarepants 3D Show, dll.
Hari 3
Ke Currumbin Wildlife Sanctuary. Keluar awal sikit dalam jam 7am sebab waktu buka 8am-5pm. Kemudian jam 10am naik bas balik dan terus pergi Wet N Wild. Bas akhir ke Wet N Wild pada jam 11.45am. Opening hours Wet N wild 10am-5pm.
Hari 4
Satu hari di Movie World. Waktu buka 10am-5pm sama juga macam Seaworld. Jangan lupa semak jadual untuk tengok show-show seperti Batman Show, Looney Tunes 4D Show, Bugs Bunny And Friends, Scobydoo Show, Holywood Stunt Driver Show dll.. Kemudian boleh main Roller Coaster dan ke Kids Themepark.
Itu saja. Banyak kan Google log-blog yang dah pernah pergi sana, mesti tak sesat.
Tak payah ambil tour guide. Tak besar mana pun Gold Coast ni. Have Fun!
tip-melancong-ke-gold-coast-australia-13
WET N WILD
tip-melancong-ke-gold-coast-australia-14
CURRUMBIN WILDLIFE SANCTUARY (ZOO).
tip-melancong-ke-gold-coast-australia-15
KOALA — IN GOLD COAST, QUEENSLAND.
tip-melancong-ke-gold-coast-australia-17
KANGAROO DILEPASKAN.
tip-melancong-ke-gold-coast-australia-18
MAPS TRAM.
tip-melancong-ke-gold-coast-australia-19
RIPLEYS BELIEVE IT OR NOT
tip-melancong-ke-gold-coast-australia-20
OZI KEBAB — IN GOLD COAST, QUEENSLAND.
tip-melancong-ke-gold-coast-australia-21
tip-melancong-ke-gold-coast-australia-22
tip-melancong-ke-gold-coast-australia-23

No comments

Powered by Blogger.