Ini Rahsia Bagaimana Saya Dapat Travel Setiap Hujung Minggu Dengan Duit Bisnes Sampingan
Tips yang masuk akal untuk travel setiap hujung minggu dengan bergaya beserta bajet yang minimal atau tak guna duit lansung tetapi dengan lagak yang mewah.
Semenjak dua menjak ni, ramai pulak yang kecam saya travel pada tiap-tiap minggu dengan menggunakan hash tag #travelbajet #traveltakderduit ni. Yelah, mana tak nya, travel naik kelas perniagaan, makan di Hard Rock Cafe, makan lobster.
Mana tak hangin netizen dengan saya bila saya upload semua tu. Okeh dik, meh saya kongsi sikit ilmu abam yang tak seberapa ni.
1. Rancang Parameter kos
Mula-mula set parameter, berapa harga tiket flight, berapa harga penempatan, kos makan minum, kos pengangkutan dan sebagainya. Parameter kos adalah penting untuk anda tahu berapa jumlah yang bakal anda keluarkan nanti.
2. Rancang target kos
Rancang target kos berdasarkan kesesuaian bajet anda. Katakan kos travel anda RM500 untuk ke Kuching. Namun, anda hanya ada RM100, jadi anda perlu set target untuk anda cari duit tambahan sebanyak RM400 lagi. Macamana? Kita kupas sekejap lagi.
3. Rancang strategi
Rancang strategi untuk anda mencapai target. Contohnya strategi sebelum travel, semasa travel dan selepas travel.
Antara strategi-strategi yang saya boleh kongsi ialah:
Sebelum travel (pre-travel)
a. Bisnes sebelum travel
(i) Jualan sementara (temporary business)
Katakan tadi anda perlukan lagi RM400 untuk ke Kuching. Apa yang anda perlu lakukan ialah buat bisnes sementara (temporary business). Terdapat macam-macam peluang bisnes dalam talian (online) yang berbentuk sementara.
Katakan tadi anda perlukan lagi RM400 untuk ke Kuching. Apa yang anda perlu lakukan ialah buat bisnes sementara (temporary business). Terdapat macam-macam peluang bisnes dalam talian (online) yang berbentuk sementara.
Contoh, anda terjumpa sales perfume, tudung, toiletries beg di mana-mana mall. Apa lagi, ambil la pesanan dari rakan-rakan Facebook anda. Untung sebanyak RM200-RM500 untuk satu jualan senang untuk dicapai sekiranya anda usaha dan rajin.
(ii) Jualan tiket Final Call Air Asia
Rajinkan diri anda untuk mengikut rentak Air Asia Final Call sekiranya ingin travel dalam masa terdekat dan pada hujung bulan. Anda boleh mengajak teman-teman untuk travel bersama menggunakan big points anda dan dalam masa yang sama ada boleh jual big points anda kepada mereka.
Rajinkan diri anda untuk mengikut rentak Air Asia Final Call sekiranya ingin travel dalam masa terdekat dan pada hujung bulan. Anda boleh mengajak teman-teman untuk travel bersama menggunakan big points anda dan dalam masa yang sama ada boleh jual big points anda kepada mereka.
Tips: Anda boleh mengajak kawan-kawan anda untuk travel dengan anda dalam kumpulan, kemudian buat pembelian sekali gus dalam satu transaksi. Serta kenakan mereka yuran servis (service fee).
Sebagai contoh, katakan untuk satu tiket, ambil yuran servis sebanyak RM50. Jika tiket tersebut berharga RM150, anda jual kepada 3 orang dah dapat untung RM150. Bermakna tiket anda ke destinasi tersebut adalah percuma. Jika lebih, anda boleh masukkan dalam tabung penginapan.
(iii) Jadi ejen travel yang tak bertauliah
Ringan-ringankan lah mulut untuk tawarkan diri anda jadi travel ejen yang tak bertauliah.
Ringan-ringankan lah mulut untuk tawarkan diri anda jadi travel ejen yang tak bertauliah.
Target market: mak cik-mak cik kat pejabat, mak cik- mak cik kenalan keluarga anda, kawan-kawan pejabat serta siapa sahaja yang tidak biasa dengan Online Travel Agent (OTA).
Untuk tiket yang lebih murah, guna Traveloka.com untuk destinasi negara Asia. Kebiasaannya ada diskaun sehingga 15% sekiranya anda menggunakan kod khas.
Berikan quotation harga biasa kepada mereka. Namun semasa pembelian gunakan kod promo, dan untung yang akan anda dapat sebanyak 15% atau pun RM100 maksima untuk setiap pembelian boleh dimasukkan ke dalam tabung travel.
b. Manipulasi Keahlian Program Setia (Loyalty Program)
Ingin menginap di hotel secara percuma? Atau menginap di hotel 5 bintang yang berharga RM500 semalam tapi anda hanya bayar RM100 semalam?
Senang je, lupakan Trivago, lupakan AirAsia Go. Walaupun Trivagomembandingkan dengan harga yang murah dan AirAsia Go kononnya ada banyak diskaun, namun untuk jangka masa panjang ianya tidak lah menguntungkan anda pun.
Seperti saya, Agoda menjadi pilihan saya. Setiap kali saya menginap, saya akan diberikan point yang akan ditukar kepada nilai USD25 untuk 12500 points.
Ringan-ringankan juga mulut untuk menolong rakan-rakan anda untuk tempah bilik hotel menggunakan akaun anda. Point hasil dari tempahan akan menjadi milik anda sepenuhnya.
Selain Agoda, banyak lagi syarikat lain yang akan menawarkan pakej yang menarik untuk pelanggan tetap mereka. Jadi, tiada alasan untuk anda bergaya sewaktu travel setelah point anda dah jadi segunung nanti.
Nota Agoda: Penebusan mata ganjaran Agoda adalah untuk pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan mereka sebelum 1 April 2014. Namun, Agoda telah menggantikannya dengan Point Max untuk penebusan ‘Airlines Miles’ dan Reward Gift untuk penebusan bilik hotel.
c. Kad Kredit mesra traveler
Kad kredit ni sebenarnya penting untuk traveler. Selain membantu anda untuk beli tiket sewaktu adanya promosi yang tak dijangka, sesetengah kad kredit membolehkan anda untuk memasuki lounge di lapangan terbang secara percuma mengikut taraf kad anda.
Kad kredit ni sebenarnya penting untuk traveler. Selain membantu anda untuk beli tiket sewaktu adanya promosi yang tak dijangka, sesetengah kad kredit membolehkan anda untuk memasuki lounge di lapangan terbang secara percuma mengikut taraf kad anda.
Sebagai contoh AEON Gold Card memberi keistimewaan kepada pengguna mereka untuk memasuki lounge secara percuma sebanyak 5 kali setahun. Tak susah bukan untuk menikmati lounge seperti VVIP walaupun menggunakan penerbangan tambang murah.
d. Ahli Setia Kad Penerbangan
Menjadi orang yang setia ni memang banyak kelebihan dia. Tak lupa juga untuk Kesatuan Penerbangan. Terdapat 3 kesatuan penerbangan yang popular di dalam dunia iaitu One World Alliance, Star Alliance and Sky Team Alliance.
Perkara yang pertama yang anda perlu tahu ialah, kenal pasti syarikat penerbangan anda dari kesatuan yang mana dan siapa ahli dari kesatuan tersebut.
Pilih salah satu daripada rangkaian mereka. Contohnya saya memilih Qatar Airways untuk One World, Garuda Air untuk Sky Team dan Lufthansa untuk Star Alliance.
Untuk pengetahuan anda, sekiranya anda pemegang Silver, Gold atau pun Platinum Card, anda boleh menikmati keistimewaan yang ada pada kad anda seperti memasuki lounge secara percuma atau menolak dari point anda secara bergaya.
Kad keahlian juga boleh digunakan untuk menaik taraf kelas ekonomi ke kelas perniagaan atau kelas perniagaan ke kelas pertama.
Nota: Emirates dan Ethihad tidak menyertai mana-mana kesatuan. Jadi adalah penting untuk memiliki kad keahlian mereka juga.
e. Bayar kurang, bergaya lebih
(i) Naik taraf kelas perniagaan dengan harga minimal
Sekiranya anda telah membeli tiket kelas ekonomi tapi teringin nak bergaya dengan kelas perniagaan namun ada masalah dengan kengkangan bajet? Tak ada hal!
Jika anda terbang menggunakan Malaysia Airlines, anda boleh membuat bidaan dengan harga minimal untuk anda dinaik taraf ke kelas perniagaan. Jumlah harga yang akan anda bayar adalah jauh lebih rendah dari harga kelas perniagaan yang sebenar.
Untuk pengguna AirAsia X dan Vietnam Airlines, anda juga tidak perlu risau. Anda boleh mengunakan laman web optiontown untuk membuat bidaan.
Semasa Travel (event date)
a. Bisnes Semasa Travel
(i) Personal Shopper
Sekiranya anda pergi ke kota fesyen, jangan lupa untuk menawarkan diri anda sebagai personal shopper. Apa tu personal shopper? Personal shopper ni, kita tolong belikan barang berdasarkan apa yang dipesan dari pelanggan.
Macam mana nak dapat untung? Anda bolej kenakan caj kepada pelanggan anda antara RM10 – RM30 sebagai contoh untuk satu barang yang berharga bawah RM1000.
Tambahan lagi, anda juga boleh membuat tuntutan cukai perkhidmatan dan barangan (GST and VAT) sebanyak 6% – 11% berbeza pada setiap negara. Katakan beg LV berharga RM5000, 11% dari harga tersebut bersamaan RM550. Bayangkan untuk satu Bandar sahaja anda mampu memperolehi RM550 untung.
(ii) Jualan barang berjenama (branded)
Selain dari menjadi personal shopper anda juga boleh menjual barang-barang branded seperti hand bag, mandian dan sebagainya di mana anda boleh mengambil pesanan siap-siap di Malaysia (pre –order) sebelum membuat belian di luar negara.
Berbeza dengan personal shopper, melalui cara ini anda boleh meletakkan harga anda siap-siap (mark up) dan menjualnya dengan harga yang sesuai.
Contoh: Bag Long Champ berharga RM200 selepas tolak VAT. Anda boleh menjualnya dengan harga RM270, dan pastikan ianya di bawah harga pasaran di Malasyia (RM370).
Jadi sekiranya 10 orang yang membeli dari anda, anda akan untung RM700 untuk satu jualan. Menarik kan? Apa anda boleh dibuat dengan RM700? Tepuk dada tanya selera.
(iii) Jualan barangan cenderamata dan makanan
Anda perlu mengenal pasti barangan cenderamata atau makanan di tempat yang akan anda lawati dan bandingkan dengan harga pasaran di tempat anda. Contoh: ikan terubuk masin di Kuching, ikan bilis di Sandakan, Kek Kartika Sari di Bandung. Ambil pesanan, dan jual. Duit hasil jualan anda boleh dimasukkan ke tabung untuk trip yang akan datang.
b. Manipulasi kad keahlian
(i) Makan percuma di Hard Rock Café
Bagi setiap transaksi anda akan mendapat sekeping resit di mana terdapat kod-kod yang diberi boleh digunakan untuk menyertai kaji selidik di atas talian.
Setiap kaji selidik yang disertai, anda akan mendapat ‘appertizer’ secara percuma. Selain itu, anda juga bole mendapat diskaun pembelian dengan menggunakan kad keahlian Hard Rock (tertakluk kepada sebarang pertukaran syarat).
Tips: 10 barang dengan 10 transaksi sekiranya negara tersebut tidak boleh membuat tutuntan cukai VAT/GST. Maka anda akan mendapat 10 appetizer! Kelas tak?
Selepas Travel (post-travel)
(i) Jualan
Apa-apa sahaja jualan yang anda rasa ada permintaan anda boleh jual. Sebagai contoh, anda terjumpa minyak wangi 50% di lapangan terbang. Namun tak sempat untuk mengambil pesanan? Anda beli dulu menggunakan duit anda, dan jual kemudian. Hasil untung boleh digunakan untuk tampung kos trip minggu hadapan.
Nampak tak? Nampak tak? Tak susahkan untuk travel pada setiap minggu? Yang penting ada misi dan visi. Pelaburan di peringkat awal tu penting supaya anda bahagia pada peringkat seterusnya.
Bagi sesiapa yang mempunyai teman rapat di mana-mana syarikat penerbangan anda boleh gunakan ini sebagai kelebihan untuk yang mendapatkan ‘Families and Friends’ program atau rakan yang sudi menjual tiket consession dengan harga yang rendah.
Sekian dari saya.
“Travel Like a Boss, Pay Like a Beggar”
“Travel Like a Boss, Pay Like a Beggar”
Post a Comment