Tak Jadi Beli Rumah Walaupun Sudah Bayar RM44,500...Sungguh Mulia Hati Encik Lee

ohbulanrumahlelong

Sungguh terharu dan sebak tatkala kami membaca surat yang ditinggalkan oleh seorang lelaki yang melupakan hasrat untuk membeli rumah lelong didiami sebuah keluarga.
Walaupun telah membayar 10% daripada harga rumah terbabit iaitu sebanyak RM44,500 kepada pihak bank tetapi kemuliaan hati lelaki yang dikenali sebagai Encik Lee ini cukup memberi inspirasi.

“Wang itu akan ke akaun rumah encik”

ohbulan1

Pesanan terakhir

screen-shot-2016-12-20-at-4-19-03-pm
Dear Mr. Lee Hui Sen, you mr, have a heart of gold. Saya harap posting ini sampai kpd anda atau ahli keluarga anda.
Anda tidak kenal keluarga ini, tp anda ambil keputusan yg sangat berani untuk membantu mereka.
RM44,500 bukan sedikit.
Dan saya difahamkan anda sendiri bukanlah dari golongan kaya raya.
Semoga #leehuisen sekeluarga sentiasa sihat dan bahagia.
Semoga kita semua dikurniakan hati sebaik encik ini.
Menurut wanita yang mendapat surat ini daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), pemilik asal rumah tersebut didakwa telah ditipu oleh pihak bank sehinggakan beliau diisytiharkan muflis dan rumahnya dilelong.
Tak sampai hati dengan nasib yang menimpa tuan rumah, Encik Lee melupakan hasrat untuk membeli rumah terbabit walaupun sudah membayar 10% kepada pihak mahkamah.
screen-shot-2016-12-20-at-4-30-06-pm
screen-shot-2016-12-20-at-4-28-22-pm
Apa-apa pun pujian patut diberikan kepada Encik Lee dan keluarga kerana sikapnya yang baik hati. Moga ada ramai lagi insan yang baik hati seperti Encik Lee!
Sumber : Siti Nai’mah Mohamed

No comments

Powered by Blogger.