Gemuk Salah, Kurus Salah - Lagi Luahan Zulin Aziz Yang Sudah Lali Dikecam Netizen

zulin-cover

Bahana typo satu perkataan dalam status Twitter yang dimuatnaik oleh Zulin Aziz, sampai sekarang pelakon ini dijadikan bahan jenaka di laman sosial. Dalam status Facebook sebelum ini, Zulin telah menjelaskan bahawa dia sengaja menulis ‘angkat nikah’ kerana ia merupakan slang orang utara menyebut akad nikah.

Dah explain macam tu pun netizen masih lagi tidak henti-henti membahan si Zulin ni. Yang tak best bukan setakat bahan tapi sampai tahap kena kutuk dan kecam benda-benda yang tak ada kaitan dengan typo. Siap kaitakan dengan fizikal Zulin semasa berbadan gempal dan juga kurus.
Kurus salah, gemuk pun salah. Dalam status baru yang dimuatnaik ke Facebook beberapa jam lalu, Zulin meluahkan rasa ‘alah bisa tegal biasa’ terhadap kecaman orang. Everyone has their own limits, adakah tahap kesabaran Zulin juga telah mencapai hadnya gara-gara isu ini?

Dah Lali Kena Kecam

screen-shot-2016-12-20-at-3-35-42-pm
Dulu kawan dengan Ariz saya kena beauty and the beast.. Bomohkan dialah.. Macam makcik dengan anaklah.. Lepastu kawan dengan Ahya kena tuduh spedo dialah kata anak ikan sayalah… Lepastu masa Anugerah Melodi saya diminta pihak Melodi untuk naik atas stage tu selfie dengan Afgan.. Pun saya yang kena kecam.. Kata saya menggedik main naik je atas stage.. Sekarang isu ini pulak. Apa kita buat ada saja yang tak kena..

Takkan Undur Diri Dari Dunia Seni

screen-shot-2016-12-20-at-3-35-15-pm
Dihentam difitnah berapa banyak kali… Adakah saya berhenti untuk terus berada dalam dunia seni? Tidak… Sedikit sebanyak benda ni semua memberi saya pengajaran dan terus bangkit dengan semangat baru. Daripada saya fikir tentang mereka yang membenci tu lebih baik saya menghargai anda-anda yang sayangkan saya. Dan semoga semua yang berlaku ni ada hikmah dan mendewasakan saya..

Tweet Yang Menjadi Punca Zulin Dikecam Semula…

1
2
Sumber: Zulin Aziz

No comments

Powered by Blogger.