'Menari' & Ber'catwalk' Sakan Ketika Laporkan Berita, Video Wartawan TV3 Ini Tarik Perhatian Netizen

ohbulanwartawantv3

Secara rasminya Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh – Kajang fasa satu membabitkan laluan Sungai Buloh dan Semantan telah pun dibuka untuk orang ramai. Lebih mengujakan menerusi perasmian semalam, Perdana Menteri mengumumkan tambang percuma selama sebulan bagi laluan tersebut.
Namun apa yang lebih menarik perhatian kami ialah video laporan berita sebuah televisyen tempatan mengenai stesen MRT tersebut. Video laporan itu mengundang pelbagai reaksi netizen. Mana tidaknya, wartawan tersebut dilihat cukup teruja ber ‘catwalk’.

Lain dari yang lain

Video berdurasi hampir 3 minit itu menerima pelbagai reaksi dari netizen. Macam biasa lah ada yang tidak suka namun ada juga yang memuji laporan tersebut yang disifatkan sebagai ‘fresh’ dan lain dari yang lain.

No comments

Powered by Blogger.