Amar Panik Jari Amyra Luka Akibat Terkena Pisau

Amar Panik Jari Amyra Luka Akibat Terkena Pisau

Amar Panik Jari Amyra Luka Akibat Terkena Pisau

Amar Panik Jari Amyra Luka Akibat Terkena Pisau


Pelakon Amyra Rosli baru-baru ini mengalami kecederaan pada jari telunjuk tangan kanannya ketika sedang cuba membuka satu bungkusan plastik menggunakan pisau. Insiden itu membuatkan suaminya, Amar Baharin panik.

"Saya jadi panik kerana lukanya agak besar dan darah tidak berhenti mengalir dan mengambil keputusan membawanya ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

"Doktor mahu menjahit bahagian luka itu kerana ia agak teruk tetapi Amyra menolak kerana berasa takut dan sebagai penyelesaian doktor menggunakan gam khas untuk mencantumkan kembali kesan luka yang terkoyak," katanya seperti yang dilaporkan mStar Online.

Dalam pada itu, Amyra berkata, kejadian itu tidak melemahkan semangatnya untuk melakukan kerja rumah, sebaliknya kini semakin mahir memasak untuk suaminya.

Kata Amyra, walaupun masih banyak perkara yang perlu dipelajari sebagai isteri, namun pengalaman menolong ibunya di dapur sebelum ini banyak membantu dirinya.

No comments

Powered by Blogger.