Pujukan Diserap Kembali Ke GV3 Menerusi Imuniti Dato Vida, Ini Kenyataan Rasmi Elly Mazlein



Selepas tersingkir di Gegar Vaganza minggu ini, nama Elly Mazlein telah menjadi tumpuan ramai.
Ramai peminat dan para penonton mahu Elly kembali ke Gegar Vaganza yang boleh menjadi nyata menerusi imuniti Dato Seri Vida.
Untuk pengetahuan, Gegar Vaganza musim lalu, Acong menerima imuniti dari Dato Seri Vida dan berjaya ke peringkat final.
Menerusi satu temubual, Dato Seri Vida juga telah cuba memujuk Elly Mazlein supaya kembali ke rancangan ini.
Dato Vida ada menyuruh Elly pergi berehat tenangkan perasaan dan kembali minggu depan melalui imuniti yang dimilikinya.
Ini jawapan Elly tentang tawaran ini:
“Tidak, saya takkan terima walaupun ada kemungkinan diserap masuk ataupun menerusi sistem imuniti daripada penaja. Jika bukan di sini, mungkin rezeki saya ada di luar sana.
“Saya akan teruskan kerjaya nyanyian dan lakonan saya seperti biasa selepas ini,”
Nampaknya Elly Mazlein memang telah tawar hati untuk terlibat dengan rancangan ini.
Apapun good luck kepada Elly untuk meneruskan perjuangannya di luar sana.

No comments

Powered by Blogger.