(video) Mohon sebarkan!! 'Gara-gara sindiket penipuan guna nama Hotlink/Maxis, akaun bank aku tinggal RM8'
Seorang lelaki muda menjadi mangsa sebuah sindiket penipuan panggilan palsu yang menyamar dirinya sebagai kakitangan Maxis yang telah menyebabkan mangsa kerugian wang ringgit.
Menurut Dzohair Abdul Karim, dia dihubungi oleh seorang individu yang menyamar sebagai kakitangan Maxis dan mendakwa Dzohair pelanggan bertuah untuk mendapat ganjaran RM5,000.
"Semasa dalam talian, individu itu mengarahkan saya melihat mesej dan memberinya nombor TAC yang baru saja dihantar ke telefon bimbit saya. Saya akur dan mendapati ada mesej dari Hotlink, tanpa berfikir panjang terus memberi nombor TAC itu kepadanya. Sekali lagi, saua diarahkan memberi nombor TAC yang kedua kepadanya dan seterusnya sampai tiga kali.
"Kemudian individu itu meminta nombor akaun dan meminta saya pergi ke mesin ATM. Bila dah sampai mesin ATM, dia meminta saya jangan tamatkan panggilan telefon, dia suruh periksa nombor akaun dan semak baki. Selepas itu, dia suruh pilih pilihan untuk buat transaksi. Saya terus matikan panggilan.
"Tetapi individu dalam talian itu memang suaranya seperti orang Melayu, cuma loghatnya seperti Indonesia. Tidak lama selepas saya matikan panggilan itu, saya mendapat mesej dari Hotlink yang mengatakan saya telah membuat pemindahan wang dan telah membuat penukaran penerimaan nombor TAC pada nombor yang lain.
"Saya segera menghubungi pihak telko dan membuat aduan mengenai perkara itu. Menurut pihak telko berkenaan, apa yang berlaku pada saya adalah satu sindiket yang mana telah ramai yang menjadi mangsa pihak berkenaan (scammer Indonesia) sejak tiga bulan yang lalu. Malah, ramai yang telah membuat aduan kepada pihak telko.
"Saya pun tak tahu mengenai perkara ini sebab kes ini tidak pernah viral di media sosial. Selepas menghubungi pihak telko, saya terus menyemak akaun bank dan mendapati baki wang dalam akaun hanya tinggal RM8 sahaja," katanya.
Menurut pihak telko, TAC adalah nombor kod yang tidak boleh dikongsikan dengan mana-mana pihak.
"Selepas saya beri dia nombor TAC, secara automatik nombor saya di bawah kawalannya dan dia berjaya mengambil duit saya. Sama seperti akaun Maybank saya yang juga menggunakan nombor telefon ini juga. Sekali selepas saya beri nombor TAC kepada sindiket itu, automatik akaun Maybank saya dipegang oleh sindiket itu," katanya.
Kesal dengan apa yang berlaku, Dzohair menasihatkan orang ramai agar berhati-hati apabila menerima panggilan dari individu yang mendakwa diri mereka sebagai wakil Hotlink. Dalam pada itu, Dzohair juga menyatakan sudah terlambat untuk dia meminta pihak telko mengembalikan wangnya kerana sudah terlambat untuk berbuat demikian.
Post a Comment