TAHNIAH! Awie Dapat Anugerah Dari Sultan Pahang, Kini Bergelar "Datuk"

Awie Dapat Anugerah Dari Sultan Pahang, Kini Bergelar "Datuk"


Penyanyi popular, Awie telah dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, yang ke-86 bagi tahun 2017.

Awie berkata penghargaan yang diberikan adalah permulaan yang baik sempena menyambut tahun baru.

Ini juga rezeki selepas mendirikan rumah tangga pada hujung tahun lalu.

Ini komen Awie: (BH)

"Alhamdulillah. Hanya lafaz kesyukuran yang dapat saya ungkapkan ketika ini. Pada masa sama, tiada apa yang berubah, saya masih Awie yang sama dan mencari rezeki di atas pentas sebagai anak seni.

"Penghargaan yang diberikan ini bagaimanapun tentunya diharap dapat membuka lebaran lebih indah untuk tahun baharu memandangkan saya melalui pelbagai cabaran pada 2016.

"Bukan saja berperanan sebagai penyeri kepada keluarga, saya menganggap rezeki ini datang dengan berkat kehadiran isteri saya. Doakan yang baik-baik saja buat saya sekeluarga,"


Awie hadir bersama isteri barunya ke masjlis tersebut.

Penyanyi ini telah berkahwin dengan Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin pada 7 Oktober lalu dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat.

Awie juga menambah dia diberikan penghargaan berganda apabila dipilih sebagai seorang daripada tokoh NGO Islam Kebangsaan oleh Tengku Mahkota Kelantan pada 14 Januari ini.

No comments

Powered by Blogger.