Rakyat Malaysia, Ini 5 Sebab Faiz Subri Jadi Pemain Asia Pertama Bakal Bawa Pulang Anugerah FIFA Puskas 2016
Tak lama lagi kita akan tahu sama ada Faiz Subri akan menang anugerah gol terbaik dunia atau tidak. Jikalau Faiz tak menang sekali pun, kita patut berasa bangga sebab Faiz disenarai pendek dalam top 3 bersama pemain kelab Brazil dan juga pemain wanita antarabangsa Venezuela.
Jaringan sepakan percuma Faiz tu telah mengalahkan jaringan cantik beberapa pemain terbaik dunia seperti Lionel Messi dan juga Neymar. Kami yakin bahawa pemain Pulau Pinang itu akan membawa pulang Puskas Award 2016, sekaligus dapat mengharumkan nama Malaysia di mata dunia!
Dapat tontonan video di Youtube paling banyak
Bagi anda yang belum tahu, jumlah tontonan video gol Faiz Subri yang dimuat naik oleh FIFATV setakat ni ialah 2.3 juta kali. Manakala 2 lagi calon, Johnath Marlone Azevedo da Silva (Kelab Brazil) dan Daniuska Rodriguez (Venezuela) masing-masing telah ditonton sebanyak sejuta lebih kali.
Agak besar jurang antara Faiz Subri dengan 2 pesaingnya tu. Harap-harap ni petanda bahawa Faiz Subri akan menang anugerah di Zurich tu.
Gol cantik Faiz Subri telah dikaji dengan terperinci oleh FIFA
Menurut Kerstin Wieczorek, Pengurus Projek di syarikat kejuruteraan berpangkalan di Jerman FluiDyna yang menjalankan kajian itu memberitahu FIFA.com;
Jika dilihatkan lengkungan pergi ke kanan, bola berputar mengikut arah jam dari sudut pandangan pemain (Faiz Subri), jadi dia mungkin menyepak bola dengan bahagian luar kaki di sudut kiri bola. Kemudian putaran itu bukan hanya ditujukan pada sudut sisi, malah menegak juga yang boleh membuatkan bola itu menjunam sebaik sahaja bola itu tiba di pintu gol.
Menurut Johsan Billingham, Bahagian Pembangunan Teknikal Bola Sepak Program Kualiti FIFA, memberitahu FIFA.com gol Faiz Subri tu mengingatkannya pada sepakan percuma pemain legenda Brazil, Roberto Carlos pada tahun 1997. Teknik jaringan Roberto Carlos itu seakan-akan sama dengan sepakan percuma Faiz.
Ia mengigatkan saya tentang sepakan percuma Roberto Carlos. Jika kita lukis garisan antara kedudukan awal dan akhir, kedua-dua gol mempunyai persamaan. Kedua-duanya ditendang dalam satu arah sebelum putaran menyebabkan bola pergi ke arah yang bertentangan.
Apa yang tidak ada dalam sepakan percuma Roberto Carlos adalah junaman. Ini kerana paksi putaran dalam dua tendangan adalah berbeza. Walaupun Roberto Carlos mempunyai paksi putaran menegak, gerak badan Faiz condong ke hadapan dan menyebabkan penurunan bola mendadak pada saat akhir.
Disenarai pendek, hanya beberapa pemain Asia sahaja yang disenarai pendek sebelum ni
Untuk pengetahuan anda, sejak Anugerah Puskas FIFA diwujudkan pada tahun 2009, hanya tiga pemain Asia sahaja yang tersenarai dalam 10 calon teratas sebagai penerimanya. Kini pemain Malaysia, Faiz Subri telah tersenarai dalam top 3 untuk memenangi anugerah tu.
Kumi Yokoyama dan Hisato Sato dari Jepun, kedua-duanya tidak terpilih dalam senarai top 3 untuk menerima anugerah itu pada 2010 dan 2014. Lebih menakjubkan lagi, gol Faiz Subri tu telah mengetepikan gol pemain terbaik dunia seperti Neymar dan Lionel Messi.
Pemain Portugal, Ronaldo, adalah pemain pertama yang merangkul anugerah itu pada 2009, diikuti pemain Turki, Hamit Altintop (2010), Neymar dari Brazil (2011), pemain Slovakia, Miroslav Stoch (2012), pemain Sweden, Zlatan Ibrahimovic (2013) dan James Rodriguez dari Colombia (2014) dan Wendell Lira dari Brazil (2015).
Faiz kuat berlatih- Rakan sepasukan
Kami (rakan sepasukan) sering tengok Mohd Faiz melakukannya jaringan sebegitu dalam sesi latihan. Beliau ambil inisiatif sendiri dengan meneruskan latihan sepakan percuma selama 15 minit selepas sesi latihan sebenar tamat.
Faiz, kami seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan anda!
Sejak Faiz tersenarai dalam top 10 jaringan terbaik yang dipilih FIFA, Faiz mendapat sokongan padu seluruh rakyat Malaysia. Rakan-rakan, ibu bapa semua broadcast whatsapp untuk pastikan kita undi gol Faiz Subri tu. Bukan kita sahaja, malah dari negara lain juga turut mengundi.
Sumber: FIFA.com, Astro Awani
Post a Comment