Ini Pengumuman Khas Dari Sharnaaz Ahmad Tentang Perkahwinannya Dengan Kakak Neelofa
Ini Pengumuman Khas Dari Sharnaaz Ahmad Tentang Perkahwinannya Dengan Kakak Neelofa
Satu sidang media telah diadakan di Club House Duta Tropica oleh pelakon kacak Sharnaaz Ahmad.
Ini untuk membuat satu pengumuman khas yang amat istimewa iaitu dia bakal bernikah tidak lama lagi.
Calon bakal isteri Sharnaaz ialah kakak kepada Neelofa iaitu Nabila.
Sharnaaz Ahmad telah mengumumkan akan mengakhiri zaman bujangnya pada tarikh 31 Mac tahun ini.
Untuk pengetahuan, sebelum ini, Sharnaaz Ahmad telah pun merisik Noor Nabila pada 18 Disember yang lalu.
Ini komennya:
"Kami akan mendirikan rumah tangga pada tarikh keramat 31 Mac ini untuk majlis akad nikah yang akan diadakan di majlis kediaman pihak perempuan.
"Seterusnya majlis resepsi pada 2 April di Kuala Lumpur dan majlis resepsi di Pulau Pinang pada 16 April 2016,”
“Kami utamakan apa yang wajib terlebih dahulu, bapa Nabila turut menasihatkan untuk tidak melengah-lengahkan perkara yang baik,”
Sharnaaz dan Nabila saling mengenali sejak hampir 2 tahun yang lalu dan membuat keputusan untuk terus berkahwin.
Difahamkan majlis resepsi di Pulau Pinang akan ditaja beberapa pihak.
Tahniah diucapkan.
Post a Comment