'Saya Minta RM14K Je Pun, Tu Pun Tak Mampu?' Saya Ni Mahal, Faham Tak?



Screenshot perbualan WhatsApp seorang lelaki bersama pasangannya yang mahu memutuskan hubungan mereka kerana lelaki itu gagal memberi duit hantaran RM14,000 viral di media sosial. 

Oleh kerana gagal memenuhi permintaannya, gadis itu nekad memutuskan perhubungan mereka dan dalam masa yang sama, dia juga sudah mempunyai pengganti. 

"Maaf, saya tak kenal manusia miskin dan tak berduit macam awak. Baik awak lupakan saya. 

"Yes, saya jumpa orang lain yang lagi kaya dan mampu menanggung hidup saya. Macam mana saya nak hidup kalau duit hantaran pun awak tak mampu bayar? Saya minta RM14,000 je pun. Itu pun tak mampu?" soalnya. 



Kata-kata gadis itu membuatkan lelaki berkenaan sedih dan mula mengingatkan kembali segala susah senang dia mengikat perut, berpuasa demi menanggung gadis itu dan mengumpul duit hantaran, RM50,000 termasuk kos majlis perkahwinan kedua-dua belah pihak. 

Namun, sudah terlambat kerana gadis itu nekad untuk meninggalkannya. 

"Setakat RM14,000 tak banyak, saya degree, bukannya master, PhD. Ramai lagi gadis di luar tu yang boleh minta RM300 - RM1,000. Kutip saja di tepi jalan. Saya ni mahal, faham tak?" katanya. 



Selain tidak mampu beri duit hantaran RM14,000, gadis itu turut mempertikaikan yang lelaki itu tiada rumah, kereta berbanding teman lelaki barunya. 

Meskipun nekad memutuskan hubungan mereka, gadis itu enggan memulangkan cincin yang telah diberikan. 

Akhirnya lelaki itu redha dan menerima keputusan gadis yang pernah dicintainya itu. 


"Saya bersyukur sebab awak bukan ditakdirkan untuk saya. Mungkin ada lagi hawa lain yang jauh layak untuk saya di dunia ini. Awak pun tak layak bagi saya," katanya yang juga turut menghalalkan cincin dan segala barangan yang telah diberikan kepada wanita itu.

No comments

Powered by Blogger.