"Sebenarnya Memang Saya Marah Sangat Dekat Fafau .Malam Konsert GV5 Baru Ni Dia Datang Dan Duduk Sebelah Saya Dan Dia Terus. . .", Ini Yang Berlaku Semasa Fafau Duduk Sebelah Elly Ramai Tak Tahu!

Bintang GegarVaganza 3 (GV3) Elly Mazlein, menghormati tindakan penyampai radio Fara Fauzana yang memohon maaf kepadanya berkenaan isu penarikan diri menerusi program tersebut.

"Sebenarnya Memang Saya Marah Sangat Dekat Fafau .Malam Konsert GV5 Baru Ni Dia Datang Dan Duduk Sebelah Saya Dan Dia Terus. . .", Ini Yang Berlaku Semasa Fafau Duduk Sebelah Elly Ramai Tak Tahu!
"Sebenarnya Memang Saya Marah Sangat Dekat Fafau .Malam Konsert GV5 Baru Ni Dia Datang Dan Duduk Sebelah Saya Dan Dia Terus. . .", Ini Yang Berlaku Semasa Fafau Duduk Sebelah Elly Ramai Tak Tahu!

Fara didakwa telah memerli penyanyi itu ketika mengacarakan acara separuh akhir Muzik-Muzik 31 Jumaat lalu.


Elly atau atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 36, berkata dia menyifatkan perkara itu sebagai salah faham dan menerima baik permohonan maaf tersebut.

“Kebetulan kami duduk bersebelahan ketika konsert GV 3 Ahad lepas, dia tegur dan bertanya adakah saya marah kepadanya.

“Jujur saya cakap, ya saya memang marah tapi saya hormati Fara kerana dia mengambil inisiatif untuk meminta maaf.

“Saya anggap perkara ini sudah selesai. Apa yang berlaku hanyalah salah faham, mungkin pada waktu itu dia tersilap kata atau pun tidak sengaja,” katanya ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta Neng Geulis bertempat di Hotel Majestic di sini, Selasa.

Dalam pada itu ditanya mengenai kritikan pedas yang diberikan kepadanya oleh pelakon Fauziah Ahmad Daud (Ogy) menerusi laman sosial, Elly berkata dia ingin melupakan perkara tersebut.

“Pada pendapat saya banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan untuk menegur saya dan saya rasa lebih baik sekiranya bercakap secara peribadi.

“Saya nak lupakan perkara itu, tak mahu dipanjangkan lagi, sampai bila nak bergaduh? Lagipun perkara begini tidak memberikan kebaikan pada saya.

“Walaupun saya telah ‘diserang’, saya tetap menghormati dia (Ogy) bukan sahaja sebagai pelakon senior tetapi juga sebagai orang yang lebih tua daripada saya,”

“Biarlah orang nak kata apa, saya terima. Bagi saya perkara-perkara yang berlaku ini membuatkan saya lebih tabah dan kuat,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Elly telah dilantik sebagai Duta Neng Geulis iaitu pakaian wanita selama setahun.

Terdahulu, Elly telah menjadi perhatian selepas menarik diri daripada program GV3 pada 6 November lalu.

Teks oleh: Mya Amri

No comments

Powered by Blogger.