'Ramai Tak Percaya, Ini Bukti Bekas Suami Sanggup Pukul Saya & Anaknya Sendiri' - Hannah
JOHOR BAHRU - Susulan viral di media sosial mengenai seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipukul oleh bapanya, ramai rakan kepada lelaki itu luah rasa tidak percaya seorang bapa sanggup berbuat demikian terhadap darah dagingnya sendiri.
Bagaimanapun tanpa menunggu lama, Hannah Azzara sekali lagi tampil memberikan penjelasan dan bukti kukuh betapa tergamaknya bekas suaminya melakukan perbuatan itu.
"Memandangkan ramai kawan-kawan bekas suami yang menghubungi saya bahawa mereka tidak percaya dia boleh melakukan perkara seperti ini pada saya, jadi saya tambah gambar diri saya dibelasah dengan teruk.
"Saya buat laporan polis berhubung kejadian itu tetapi ditarik balik kerana saya kasihankan anak kecil ini.
"Sepanjang lima tahun perkahwinan, saya tidak pernah cerita buruk tentang dia pada sesiapa mahupun ibu bapa saya. Saya simpan segalanya sendiri. Tetapi saya sudah tidak mampu menahan semua ini lagi dan tidak kuat untuk memendamnya bersendirian. Saya harap tiada yang menganggap saya mahu memburuk dan memfitnah dia sebab saya ada bukti.
"Dan kalau ada yang perasan, saya tak pernah nak muat naik satu pun gambar bekas suami dalam Facebook sebab saya masih menjaga air muka dia, nama dia dan saya terfikir kalaulah saya ada tersalah update ke, dia yang malu.
"Biar saya memperkenalkan bekas suami saya kepada anda."
Hannah Azzara, selepas dibelasah oleh suaminya | Foto - Hannah Azzara |
"Ini gambar yang dirakam selepas insiden saya dibantai suami (bekas suami). Kesan darah telah dibersihkan. Di bahagian atas hidung saya terkoyak. Doktor nak jahit tetapi saya tak izinkan. Jadi mereka hanya gamkan sahaja. Malah gigi saya patah dalam kejadian itu. "
Selain lebam di bahagian mata kanan, berlaku pendarahan dalam mata mangsa | Foto - Hannah Azzara |
"Pendarahan dalam mata. Masa ini saya memang tak larat nak jalan. Ambulans yang datang ambil saya. Bayangkan macam mana anak saya dipukulnya seperti mana yang berlaku pada saya."
Bekas suami dan Rayyan | Foto - Hannah Azzara |
"Pada awalnya saya tak tergamak nak memuat naik gambar bekas suami sebab saya fikir maruah keluarganya dan masih ada rasa hormat pada mereka. Tetapi maaflah, anak saya dipukul bekas suami dalam lima hari sehingga dimasukkan ke hospital. Tiada seorang pun dari keluarganya yang datang melawat, apatah lagi menghubungi saya bertanya tentang si kecil ini. Patutkah saya hormat pada mereka lagi? "
Netizen dakwa ternampak bekas suami tumbuk anak sendiri dalam kereta, beberapa minggu lalu | Foto - Hannah Azzara |
"Comment dari lelaki ini benar-benar membuatkan saya rasa dilanggar lori. Saya menangis sepanjang malam. Bangun tidur pun sambung menangis bila terbayangkan macam mana anak saya dipukul oleh bapanya sendiri. Tetapi bila saya tanya bekas suami kenapa ada kesan cedera, dia kata anak saya jatuh sendiri. Patutlah dia tak izinkan saya berjumpa dengan anak saya selama 10 hari. Malah tidak membenarkan saya bercakap dengan dia." katanya.
Netizen di media sosial bersimpati dengan apa yang berlaku pada Hannah dan anaknya. Dalam masa yang sama, netizen mendesak pihak polis mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas suami Hannah yang sudah jelas menzalimi dua beranak berkenaan.
Post a Comment