Faye Kusairi Didakwa Berpisah Dengan Azmi. Doa Elly dan Peminat Bagaikan Termakbul
FAYE KUSAIRI NAFI BERPISAH DENGAN AZMI HATTA
Sebelum ini, hubungan percintaan antara pelakon Faye Kusairi dengan bekas suami Elly Mazlein iaitu pengarah drama, Azmi Hatta mendapat perhatian ramai kerana dakwaan mengatakan Faye sebagai punca Azmi dan Elly bercerai.
Namun baru-baru ini, tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja netizen kecoh mengatakan Faye sudah berpisah dengan Azmi kerana orang ketiga.
Bagaimanapun, Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 29, menafikan dakwaan berkenaan dan berkata yang mereka masih pasangan kekasih malah hubungan mereka berjalan lancar.
"Saya tidak tahu macam mana boleh cerita kononnya saya dan Azmi sudah berpisah. Terus-terang, kami masih berkawan rapat dan hubungan kami masih sama seperti sebelum ini.
"Begitu juga dengan dakwaan ada orang ketiga dalam hubungan kami. Saya dan Azmi tidak mahu ambil tahu gosip yang tersebar ini.
"Saya sudah malas hendak komen isu sebegini. Kalau saya buka mulut pun orang tetap tidak percaya dan mengecam saya juga. Jadi, lebih baik saya berdiam diri dan tidak perlu mengulas apa-apa lagi," katanya.
Mengulas perancangan menamatkan zaman bujang, Faye berkata dia berserah kepada ketentuan takdir.
"Buat masa ini, saya dan Azmi sibuk dengan karier seni masing-masing. Kalau ada jodoh kami, adalah. Jika ditakdirkan tiada jodoh di antara kami, saya reda. Fokus dan keutamaan saya sekarang adalah mengukuhkan nama dalam kerjaya seni," jelasnya.
Sumber: Harian Metro
Foto: Faye Kusairi IG
Post a Comment