Dia Keluarkan Kemaluan! – Wanita Ini Kongsi Detik Cemas Hampir Dicabul Pemandu Grabcar , SILAKAN SHARE

grabheader1


Perkhidmatan Grab dan Uber menjadi pilihan kebanyakan pengguna pada hari ini kerana lebih murah, selesa dan cepat berbanding teksi. Hanya menggunakan aplikasi yang disediakan, pengguna boleh dapatkan perkhidmatan pada bila-bila masa sahaja.

Namun, pengguna dinasihatkan agar berhati-hati apabila menggunakan perkhidmatan ini lebih-lebih lagi wanita. Sentiasa siap sedia dengan senjata takut terjadi peristiwa seperti dikongsi wanita ini. Pemandu itu tiba-tiba mengeluarkan kemaluannya!
Walaubagaimanapun, pihak Grab telah pun ambil tindakan sewajarnya dengan membuang pemandu itu dari terus berkhidmat dengan Grab.

Lelaki itu pakai singlet dan seluar pendek sahaja


tw1

screen-shot-2016-11-08-at-12-46-35-pm

Pengajaran kepada semua wanita agar berhati-hati ketika menggunakan Grabcar. Satu pengalaman yang jijik dan menakutkan semalam. Pemandunya hanya memakai singlet dan seluar pendek. Saya bersangka baik pada mulanya, mungkin dia bukan seorang yang professional. Dia cuba bercakap namun saya tidak endahkan kerana mula meragui lelaki itu.

 Tiba-tiba lelaki itu keluarkan kemaluan

screen-shot-2016-11-08-at-12-48-07-pm
screen-shot-2016-11-08-at-12-50-24-pm
Ketika masuk ke highway, lelaki itu tiba-tiba mengeluarkan kemaluannya. Saya terkejut dan mula panik. Di tangan saya ada kunci sebagai alat mempertahankan diri.  Di tangan sudah sedia menghubungi pihak polis.

Sampai ke destinasi saya terus turun dan hubungi pihak Grab

screen-shot-2016-11-08-at-12-51-30-pm
screen-shot-2016-11-08-at-12-53-52-pm
Tiba di destinasi, saya terus turun dan melulu masuk ke bangunan dan hubungi pihak Grab. Namun agak mengecewakan apabila pihak Grab juga tidak tahu apa patut dilakukan dan meminta saya membuat aduan secara emel.
Saya sangat trauma dan paranoid. Saya minta kepada semua wanita diluar agar berhati-hati, sentiasa bawa alat pertahankan diri.

Grab minta saya buat laporan polis

screen-shot-2016-11-08-at-12-55-00-pm
screen-shot-2016-11-08-at-12-56-44-pm
Pihak Grab telah menghubungi saya dan meminta saya membuat aduan polis. Tapi masalahnya saya tak ada sebarang bukti untuk mendakwa lelaki tersebut. Saya juga takut lelaki itu akan buat sesuatu kerana dia ada no telefon dan alamat rumah saya.
Tiada apa yang boleh saya buat selain menyeru wanita agar berhati-hati ketika menggunakan perkhidmatan Grabcar, Uber atau teksi.
Untuk pengetahuan semua, pihak Grab telah pun membuang pemandu tersebut dari terus berkhidmat. Grab sangat mengutamakan keselamatan dan keselesaan pengguna, jadi jika terdapat sebarang perkara yang meragukan diharapkan pengguna terus membuat laporan agak tindakan sewajarnya diambil.
Mujur tindakan pantas diambil pihak Grab membuang terus pemandu tersebut, kalau tidak lagi ramai mangsanya!

No comments

Powered by Blogger.