Biodata ringkas Sari Yanti, isteri Jep Sepahtu

Sari Yanti Mohamad Nazari atau lebih dikenali sebagai Sari Yanti merupakan seorang pelakon wanita yang sering kali dikaitkan mempunyai perhubungan istimewa dengan pelawak, Jep Sepahtu.



Namun, semalam, segala tanda tanya mengenai perhubungan mereka akhirnya terjawab setelah Sari Yanti dengan secara rasminya menjadi isteri kepada Jep Sepahtu setelah kedua-dua pasangan ini diijab kabulkan di dalam sebuah majlis yang dilangsungkan secara tertutup di Damasara Perdana, Petaling Jaya semalam.
Jom lihat profil ringkas Sari Yanti di bawah.

Biodata Sari Yanti

Nama Penuh : Sari Yanti Mohamad Nazari
Nama Popular : Sari Yanti
Asal : Kuala Lumpur
Tarikh lahir : 9 November 1984
Umur : 33 tahun (2017)
Keluarga : Anak kedua daripada tiga beradik
Agama : Islam
Bangsa : Melayu
Pendidikan: Diploma Pengajian Perniagaan daripada Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Karier

Drama: Annisa, Kisah Kaisara, Suria Di Cordoba, Geng Kampung Pisang, Anugarah Terindah
Filem: Impak Maksima, Misteri Jalan Lama

Fakta menarik tentang Sari Yanti

  • Sari Yanti pernah tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 kategori Artis Baru Wanita Popular.
  • Beliaumula dikenali ramai apabila muncul di dalam iklan Hotlink yang menyerlahkan penampilannya sebagai gadis yang cute dan comel.
  • Drama Kisah Kaisara yang disiarkan TV3 pula telah melonjakkan nama Sari Yanti dalam bidang lakonan.Dramayangberkisar tentang kehidupan pelajar sekolah bertudung itu diminati ramai disebabkan jalan ceritanya yang ringkas, mudah dan ceria.
  • Sari Yanti telah berkahwin denganMohd Edy Casmadi Che Hussin namun jodoh mereka tidak berpanjangan apabila telah bercerai pada tahun 2014.
  • Namun begitu, hasil perkongsian hidup dengan Mohd Edy Casmadi selama lima tahun, Sari Yanti telah dikurniakan dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 6 tahun, dan Basit Al-Haq, 2 tahun.

No comments

Powered by Blogger.