Sarat Mesej Kemanusiaan & Ketuhanan, Muzik Video Terbaru Faizal Tahir Ini Pasti Buat Anda Sebak

cover ft sejati

Penyanyi kacak Faizal Tahir memang tidak pernah mengecewakan peminat industri muzik tanah air. Apa yang best, dia bukan sahaja memiliki vokal yang mantap dan lagu yang sedap didengar, malah muzik video yang dihasilkan juga berkualiti dan sarat dengan mesej kemanusiaan serta ketuhanan!
Hari ini muzik video terbarunya untuk lagu ‘Sejati’ dimuatnaik secara rasmi di channel Youtube Faizal Tahir. Dengar cerita ada plot twist menyedihkan dalam naratif muzik video tersebut. Jom ushar dan anda akan faham kenapa ramai bersetuju dengan kenyataan itu.

Kisah Si Pengutip Tin…


Ditunjukkan seorang lelaki bekerja menyara kehidupan sehariannya dengan mengutip tin di jalanan. Seorang wanita dengan gaya moden dan sombong sering mengherdik dan berasa jijik melihat lelaki itu. Suatu hari wanita tersebut diculik dan hampir diperkosa, dan lelaki pengutip tin inilah yang cuba menyelamatkannya. Dalam keadaan nyawa-nyawa ikan akibat dibelasah teruk, lelaki itu cuba mencapai begnya. Didalam beg tersebut terdapat senaskhah Al-Quran lusuh yang dibawa kemana-mana sahaja oleh lelaki itu.

Ramai Sedih Tonton Muzik Video ‘Sejati’!

Screen Shot 2017-01-18 at 3.21.09 PM
Screen Shot 2017-01-18 at 3.21.24 PM
Screen Shot 2017-01-18 at 3.21.37 PM
Screen Shot 2017-01-18 at 3.21.45 PM
Screen Shot 2017-01-18 at 3.22.11 PM
Screen Shot 2017-01-18 at 3.22.26 PM
Screen Shot 2017-01-18 at 3.22.34 PM
Sumber: Faizal Tahir

No comments

Powered by Blogger.