'Kalau Dah Lebih Setahun, Tinggalkan Lelaki Tak Guna Tu'- Vivy Yusof Kongsi Tips Cari Lelaki Yang 'Terbaik' Untuk Anda

1
S
iapa yang tak kenal dengan blogger, business woman dan pengasa FashionValet Vivy Yusof ni. Fashion Vivy menjadi ikutan gadis-gadis di Malaysia. Bukan sahaja cipta nama di Malaysia malah di luar negara. Tapi apa yang buat kami respect dengan Vivy ni ialah walau sesibuk mana pun dia, dia tetap utamakan hal keluarga.
Bagi anda yang follow Instagram Vivy pun tahu macam mana bahagianya dia dengan suami dan anaknya. Menerusi blog yang ditulis Vivy, dia berkongsi bagaimana untuk memilih ‘husband material’ yang baik dan bertanggungjawab. Patut lah mereka ni nampak bahagia je. Huhu

Tanda-tanda lelaki pilihan anda seorang yang penyayang, bertanggungjawab

Screen Shot 2017-01-18 at 12.20.46 PM
Screen Shot 2017-01-18 at 11.38.30 AM
Anda boleh tahu personality lelaki pilihan anda dari hubungan dia antara keluarga. Kalau dia rapat dan sayangkan ibunya (Tidak terlalu obses, terlalu dikongkong) jangan tinggalkan dia. Kalau dia hormat dengan ayahnya (jangan keliru antara hormat dan takut), ia menunjukkan bahawa dia akan menjadi bapa yang baik. Kalau dia lebih suka luangkan masa dengan adik-beradiknya, ia menunjukkan bahawa keluarga adalah segalanya. Saya mungkin bercakap untuk diri sendiri tetapi saya perlukan lelaki yang sanggup buat apa sahaja untuk keluarga.
Screen Shot 2017-01-18 at 11.38.37 AM
Jangan masukkan diri antara lelaki anda dan ibunya. Jangan biarkan dia untuk buat pilihan. Apa yang anda harus lakukan ialah bergaul rapat dengan ibunya. Cara untuk sejukkan hati lelaki ialah melalui hubungan dengan ibunya. Ibu saya yang beri pesanan ni.

Kadang-kadang anda sayang lelaki pilihan anda tetapi..

Screen Shot 2017-01-18 at 11.37.56 AM
Kadang-kadang anda sayangkan pasangan anda tetapi keluarga tidak tahu kewujudan anda. Bagi peluang dan masa untuk pasangan anda beri penjelasan kepada pihak keluarganya, tapi jika dah lebih setahun tiada perubahan, tinggalkan sahaja lelaki tak guna tu. Kadang-kadang anda sayangkan lelaki tu tetapi anda tak boleh ‘ngam’ dengan keluarganya. Sama ada kena berusaha untuk biasakan diri ataupun anda kena duduk di negara lain. Kadang-kadang anda sayangkan keluarganya tapi dah tiada cinta dengan pasangan anda. Ia sangat menyakitkan.
Tapi bila anda dapat tahu/rasakan bahawa anda sayangkan lelaki pilihan anda dan pada yang sama anda sayangkan keluarganya seperti keluarga anda sendiri, anda dah jumpa lelaki sehidup semati anda.
Sumber: Twitter Irnatasha13
Kredit foto: Instagram Vivy Yusof

No comments

Powered by Blogger.