AWESOME!! Petua Kempiskan Perut Buncit & Selepas Bersalin



Anda mengalami masalah perut buncit selepas bersalin? Ataupun anda memang buncit? Apakah cara berkesan dan bagaimana untuk mengempiskan perut anda. 

Anda boleh cuba petua kempiskan perut buncit selepas bersalin ini dan lihat kesannya.

Bahan bahannya..

Minyak Zaitun atau apa-apa minyak yang anda ada
Kapur Sirih
Limau Nipis

Cara caranya..

1. Sapukan minyak pada perut anda. Sapukan minyak dahulu bagi mengelakkan berlakunya kegatalan pada kulit perut anda.

2. Sapukan kapur sireh pula ke perut anda.

3. Ratakan kapur sireh itu.

4. Perahkan limau nipis dan sapukanpada perut.

5. Untuk kesan yang terbaik pakaikan bengkung.

Dengan mengamalkan petua ini anda akan merasa hangat atau panas pada perut. Namun ia panas yang sedap. Untuk dapatkan kesan perut yang kempis anda perlukan amalkan petua ini selalu. Jangat buat sehari dua sahaja dah nak tengok keputusan yang gempak. Kena sabar dan rajin.

Amalkan senaman ringan pada perut dan jaga pemakanan anda untuk hasil yang optimum. Selain itu anda juga boleh kurangkan makan sebelum pukul 7 malam. Jika lapar anda boleh makan roti,biskut dan sebagainya. Badan kurus dan perut anda menjadi kempis.

No comments

Powered by Blogger.