12 Jasa & Pengorbanan Adenan Satem Yang Pasti Akan Diingati & Dirindui Rakyat Sarawak

ohbulanadenansatem

Hari ini negara dikejutkan dengan berita pemergian Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang menghembuskan nafas terakhir kira-kira 1.30 tengahari di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, Kota Samarahan.
Kehilangan ini sangat dirasai terutamanya buat penduduk Sarawak yang begitu menghormati dan menyayangi allahyarham. Sepanjang bergelar Ketua Menteri, banyak perubahan yang telah dilakukan semuanya bagi memastikan Sarawak terus maju disamping menjaga kebajikan rakyat Sarawak yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Maka tidak hairanlah jika Adenan mendapat tempat di hati rakyat Sarawak. Berikut antara jasa dan pengorbanan allahyarham yang akan sentiasa diingati.

Beri RM1 juta kepada ahli DAP

ert

Sekitar Jun 2014, allahyarham melalui Barisan Nasional menghulurkan bantuan sebanyak RM1 juta kepada ahli parlimen Sibu yang juga ADUN Bukit Assek, Wong Ho Leng untuk menampung kos rawatan barah otak.
Walaupun berbeza fahaman politik kerana Ho Leong dari parti lawan iaitu DAP, ia jelas menggambarkan dasar kemanusian melangkaui agenda politik.

Tuntut royalti minyak Sarawak dinaikkan

Sebelum ini Sarawak cuma mendapat 5 peratus daripada royalti hasil petroleum namun selepas memerintah negeri itu, Adenan minta jumlah royalti tersebut dinaikkan sebanyak 20 peratus walaupun ada sebilangan pihak kurang senang dengan tuntutan tersebut.
Ini siapa punya minyak, …siapa punya gas. Ini hasil bumi Sarawak. Justeru, ini adalah hak kita yang seharusnya dituntut dan diperjuangkan untuk masa depan Anak Sarawak.

Kabinet pelbagai kaum

op

Selepas kejayaan dalam Pilihanraya Sarawak (PRN11) sekitar Mei tahun lalu, allahyarham telah membentuk kabinet yang terdiri daripada semua etnik. Adenan bertindak dengan meletakkan semua wakil etnik di Sarawak menganggotai kabinet baharu yang meliputi etnik Iban, Melayu/Melanau, Bidayuh, Cina dan orang Ulu.
YB Liwan Dagang misalnya mewakili etnik Kayan manakala Datuk Gerawat juga merupakan etnik orang Ulu. Dengan kata lain, sungguhpun etnik orang Ulu merupakan etnik minoriti kecil berbanding dengan etnik Iban dan Melayu, tetapi mereka tidak disisihkan dalam penyertaan dalam kabinet. Inilah dinamakan sebagai politik inklusif yang memenuhi cita rasa rakyat Sarawak.

Perangi pembalak haram

Hanya selepas setahun pemerintahan beliau, pelbagai langkah drastik telah diambil meliputi perlbagai aspek. Sebagai contoh tiada lagi pengeluaran lesen balak di Sarawak dan tiada lagi pembukaan ladang kelapa sawit kerana hutan di Sarawak harus dipelihara.
Selain itu beliau tegas memerangi habis-habisan kesemua pembalak-pembalak haram dan juga mana-mana kilang yang bersekongkol dengan mereka.

Tiada lagi bangsa ‘lain-lain’

screen-shot-2017-01-11-at-4-56-44-pm
Jika sebelum ini istilah Melayu, Cina, India dan lain-lain digunakan di dalam borang, pada April lalu istilah tersebut telah dimansuhkan dan Bumiputera Sarawak kini boleh meletakkan nama kaum masing-masing dalam semua dokumen dan borang rasmi kerajaan.
Adenan Satem antara individu yang memperjuangkan perkara ini sebelum ianya dipersetujui oleh kerajaan Malaysia.

Hapus tol di Sarawak

ade8

Bagi meringankan beban rakyat Sarawak, Adenan mengambil keputusan untuk menghapuskan tol-tol yang ada di negeri itu. Pada penghujung 2015, tol terakhir iaitu Jambatan Tun Salahuddin telah dihapuskan.
Tambah allahyarham lagi, Lebuh Raya Pan Borneo nanti juga tidak dikenakan sebarang tol kerana kerajaan negeri mahu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
Sebelum ini tol Lanang Sibu telah dimansuhkan pada Mei lepas diikuti tol Jambatan ASEAN Baram yang dimansuhkan pada Jun 2015.

22 Julai Hari Sarawak

Bagi mengenang jasa pejuang Sarawak, tarikh 22 Julai diisytiharkan sebagai cuti umum sempena hari kemerdekaan Sarawak daripada penjajahan British.

Pemimpin yang dinanti

ade6

Menurut tulisan seorang wartawan terkenal tanah air Syahril A.Kadir, Adenan merupakan seorang pemimpin yang sangat dinantikan kerana mempunyai aura tersendiri.
Yang pasti sejak aku ulang alik ke Sarawak, aku perasan satu macam gelombang yang agak luar biasa yg aku sifatkan sebagai ‘gelombang Tan Sri Adenan Satem’ di kalangan rakyat Sarawak. Gelombang ini mmg lain macam.
Adenan menjadi semacam idola, kehadirannya ditunggu, ucapannya dinanti dan setiap dasar dan polisi yang diperkenalkannya sentiasa dirai dan disambut dengan penuh keterujaan.

Perjuang hak autonomi

Memperjuangkan hak autonomi seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 seperti dasar pendidikan dan sebagainya dikembalikan kepada Sarawak daripada Kerajaan Persekutuan.

“Cukup panggil CM”

ade7

Menurut laporan akhbar utusan, Adenan agak kurang selesa apabila disebut sebagai ‘Ketua Menteri yang kami sayang’ semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN). Menurut Adenan, perkataan ‘tersayang’ adalah istilah penghargaan yang hanya patut digunakan isteri dan keluarganya apabila merujuk kepada beliau.
Adalah sangat membosankan apabila seorang demi seorang yang berucap menyebut saya sebagai Yang Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Haji Adenan Satem pada sesuatu majlis rasmi. Panggil saja saya CM (Ketua Menteri), cukuplah. Jadi, tolonglah panggil saya CM atau Adenan saja, walaupun orang bahagian protokol mungkin tidak menyukainya.

Tiada ‘kaum pendatang’

Menurut Adenan, di Sarawak tiada isu mana-mana kaum dikatakan sebagai “kaum pendatang” kerana bumi Sarawak ini luas untuk semua.

Bahasa inggeris bahasa utama

Adenan mengumumkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama di negeri itu. Malah, semua sidang akhbar diadakan beliau dilakukan dalam bahasa Inggeris.
Selain itu antara dasar dan tindakan beliau yang mendapat reaksi positif rakyat ialah usaha menurunkan tarif elektrik untuk keperluan domestik dan industri, menghapuskan tol, pemberian geran tanah, menyalurkan peruntukan kepada sekolah Cina, dan menyekat pemimpin politik dari Semenanjung yang dapat menjejaskan hubungan harmoni antara kaum di Sarawak.
Sumber : Berita Harian, Utusan, Sinar Harian, Sarawakiana

No comments

Powered by Blogger.