Satu Dunia Bersedih, Rakyat Brazil Berkabung & Hajat Tak Kesampaian.. Ini Foto & Video Tribute Yang Boleh Buat Anda Menangis

1

Beberapa hari lalu dunia dikejutkan dengan berita kapal terbang terhempas di Medellin, Colombia. Insiden itu telah menyebabkan ramai pemain bola sepak mati dan hanya beberapa orang sahaja yang terselemat. Berita tu telah dapat liputan yang meluas di sosial media.
Bagi anda yang minat sukan bola sepak, pasti akan terasa sayu dengan berita ni walaupun anda tak kenal pun pemain bola sepak dari kelab Brazil tersebut. Jadi ini beberapa info dan gambar tribute untuk memperingati mangsa-mangsa nahas pemain kelab Chapecoense. Sedihnya..

Penyokong terkejut, tak percaya


Bola sepak adalah sukan utama di Brazil. Ia bagaikan satu budaya yang menyatukan masyarakat di sana. Bila perkara sebegini terjadi, ia memberi impak sangat mendalam bukan sahaja kepada peminat kelab Chapecoense malah kepada orang lain juga.
Lihat foto-foto di bawah ni, mereka seolah-olah tak percaya dengan tragedi tersebut. Alahaii sedihnya.
screen-shot-2016-12-02-at-12-36-38-pm
screen-shot-2016-12-02-at-12-39-01-pm
screen-shot-2016-12-02-at-12-17-20-pm

screen-shot-2016-12-02-at-12-18-31-pm

‘Tuhan tolong tengokkan keluarga saya’- Penjaga gol yang terlibat dalam kemalangan

screen-shot-2016-12-02-at-12-58-47-pm
Menurut laporan media, Penjaga gol utama mereka Marcos Danilo antara 7 mangsa yang selamat tetapi selepas bercakap dengan isterinya melalui telefon, dia pun menghembuskan nafas terakhir. Danilo antara pemain Chapecoense yang disayangi oleh para peminat kerana dia antara orang penting yang membawa kelab itu ke peringkat final.
Tapi malangnya, peringkat final tu tidak menjadi realiti…
screen-shot-2016-12-02-at-12-13-04-pm

Penjaga gol menangis, ingin bersara


Penjaga gol Chapecoense, Nivaldo ambil keputusan untuk besara terus dari bola sepak sebaik sahaja dia tahu mengenai berita nahas kapal terbang terhempas yang melibatkan rakan-rakan seperjuangannya.

Pemain sensasi Uruguay tujukan gol untuk mangsa nahas


Edison Cavani, pemain bola sepak terkenal Uruguay dan PSG baru-baru ni meraikan jaringan gol dan pada bajunya tulis mesej khas untuk Chapecoense. Walaubagaimana pun tindakannya tu telah menyebabkan dia menerima kad kuning dari pengadil.
Ramai tak berpuas hati habuan yang diterima Cavani itu dan pengadil tersebut dapat kritikan dari orang ramai.

Stadium kelab elit Eropah bertukar hijau

screen-shot-2016-12-02-at-12-15-02-pm

Hajat tak kesampaian..

screen-shot-2016-12-02-at-12-15-43-pm
screen-shot-2016-12-02-at-12-15-53-pm
screen-shot-2016-12-02-at-12-16-00-pm
screen-shot-2016-12-02-at-12-16-08-pm
Pemain bola sepak Brazil dan juga Arsenal tidak tahan sedih ketika ditemu ramah kerana ada benda yang dia ingin sampaikan kepada Caio Junior, iaitu jurulatih Chapecoense yang turut mati dalam kemalangan, tidak kesampaian.

Lakaran Karikatur yang menyayat hati

screen-shot-2016-12-02-at-12-16-42-pm
screen-shot-2016-12-02-at-12-16-54-pm
screen-shot-2016-12-02-at-1-05-31-pm
screen-shot-2016-12-02-at-1-05-22-pm
Di atas merupakan beberapa lakaran karikatur yang dibuat khas untuk memperingati mangsa-mangsa nahas kapal terbang di Medellin, Colombia. Bagi anda yang memang minat bola, gambar di atas ni pasti buat anda sebak.
Sumber: Twitter/ TMZ Sports

No comments

Powered by Blogger.