MEMANG Berani Betul! Wanita Belasah Polis Ketika Berkawal Di Jalan Tidak Sesak, Namun Tindakan Anggota Polis Membuatkan Ramai Terkejut

MEMANG berani betul! Seorang wanita dilaporkan ‘berang’ dengan tindakan seorang anggota polis yang berkawal di jalan yang tidak sesak di Jalan Jatinegara Barat, Jakarta, Indonesia, baru-baru ini.

MEMANG Berani Betul! Wanita Belasah Polis Ketika Berkawal Di Jalan Tidak Sesak, Namun Tindakan Anggota Polis Membuatkan Ramai Terkejut
MEMANG Berani Betul! Wanita Belasah Polis Ketika Berkawal Di Jalan Tidak Sesak, Namun Tindakan Anggota Polis Membuatkan Ramai Terkejut

Kompas melaporkan, wanita tersebut ‘bengang’ apabila polis itu mengawal lalu lintas yang lenggang berbanding jalan sesak di bandar tersebut.

“Dia marah terhadap polis tersebut dengan menyatakan jangan berkawal di situ, di sana lebih sesak,” kata sumber polis di Polres Metro Jakarta Timur.

Namun, wanita tersebut menyatakan pandangannya dalam nada marah dan suara yang tinggi menyebabkan polis itu menghampiri untuk bertanyakan masalah yang dihadapinya.

Melihat keadaan wanita tersebut yang terus memarahinya, polis itu mengambil gambar nombor pendaftaran kereta menggunakan telefon bimbitnya namun dihalang wanita berkenaan.

Berlaku perkelahian di antara mereka sehinggakan wanita itu memukul dan menarik pakaian polis sehingga mencederakannya.




Media tempatan melaporkan kejadian tersebut berlaku pada Selasa lalu kira-kira jam 9 pagi waktu tempatan.

Akibat kejadian itu, polis tersebut mengalami luka namun tidak dinyatakan bahagian tubuh badan yang cedera.

Kejadian tersebut dimuat naik netizen negara tersebut di media sosial dan menjadi viral.

Rata-ratanya mengkritik tindakan wanita itu yang dianggap mengalami tekanan hidup sehingga berani berkelakuan sedemikian terhadap anggota keselamatan.

No comments

Powered by Blogger.