Apa Salah Jadi Anak Nelayan? - Diejek & Ditertawa Kerana Ayah Seorang Nelayan, Wanita Ini Luah Rasa Pilu

ohbulan_nelayan

Pada zaman yang serba moden sekarang ini, seakan tidak percaya masih wujud mentaliti sesetengah orang yang memandang seseorang berdasarkan status pekerjaannya. Pada kami, tidak kiralah pekerjaan apa pun, asalkan halal, boleh dijadikan mata pencarian jika dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh!
Seperti yang dikongsi gadis ini, dia diejek dan ditertawakan hanya kerana Ayah bekerja sebagai nelayan. Hmm ingat budak-budak sekolah je tak matang.

Salahkah menjadi anak seorang nelayan?

nelayan1
SALAHKAH MENJADI ANAK SEORANG NELAYAN ?
Ara bangga dengan kerja Ayah Ara..walau bagi hampa kerja tu ‘low class’ ,dia Ayah yg membesarkan Ara tanpa kurang sedikit pun. Setiap apa yg anak-anak dia nak tak pernah dia kata “ayah takdak duit”. Walau lambat, dia tetap akan usaha utk semua benda, utk semua keperluan anak-anak.
Ya, Ara bukan anak orang senang.. tapi Ara tak pernah hirau melihat kesenangan org lain. Allah tu Maha Adil, tu rezeki hampa dapat hidup serba mewah rumah besar, duit tak pernah habis, makan mewah-mewah , shopping yg mewah-mewah. Ara selesa, CUKUP SELESA dengan apa yg ada sekarang.
…ALHAMDULILAH…

Apa salah dia?

nelayan2
Tak perlu kutuk NELAYAN.. tak perlu KUTUK pekerjaan HALAL ayah Ara..
Apa salah DIA? Apa salah menjadi seorang anak NELAYAN? Alhamdulilah, nelayan yg awk anggap ‘low class’ tu besarkan Ara sampai ke tahap ni. Bersyukur sangat tak pernah lagi hidup tak ada makan.. Allah tu maha Adil. Ingat, harini mungkin hidup awk terlalu mewah. Satu hari Allah tarik nikmat kesenangan awk, MENYESAL TAK SUDAH
Ara minta maaf kalau selama ni Ara berlagak macam ‘anak orang kaya’ padahal ayah kerja NELAYAN ja… Jangan risau awk, Ara selalu ingat siapa Ara, asal usul Ara. Sentiasa bersyukur dengan rezeki dari Allah swt..

‘Terima kasih ayah sanggup jadi nelayan yang mungkin hina di mata orang’

AYAH ,
Terima kasih di atas jasa mu dalam membesarkan anak-anakmu dan menyara keluarga kita…
Terima kasih sanggup menjadi ‘NELAYAN’ yang mungkin hina di mata orang lain tapi cukup membanggakan di mata ‘adik’ dann terima kasih sanggup meredah lautan luas setiap hari tanpa hirau hujan ribut, panas terik utk mencari sesuap nasi buat kita sekeluarga… Tanpa Ayah, kami tak dapat rasa kehidupan serba selesa macam sekarang.
TERIMA KASIH… JASAMU KAN KU KENANG SEHINGGA AKHIR HAYAT.
Doakan Ara murah rezeki, boleh tolong Ayah Ara,
#ARAANAKNELAYAN
#TAKPERLUKUTUK
#SENTIASABERSYUKUR
#SAPASETUJUSILASHARE
sumber : Farziara Lee

No comments

Powered by Blogger.