SPRM Dedah Perkara Mengejutkan Mengenai Pegawainya Yang Terlibat Kes Dera Isteri



KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberhentikan perkhidmatan pegawainya, Muhammad Nazrin Abdullah, berkuat kuasa 1 November lepas kerana terlibat dengan kes berkaitan dadah.    

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Putrajaya, Datuk Seri Mohd Jamidan Abdullah berkata Lembaga Tatatertib SPRM membuat keputusan itu selepas mahkamah mendapati Muhammad Nazrin bersalah atas kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada September lepas.

"SPRM memandang serius kejadian itu dan tidak akan berkompromi jika terdapat pegawai yang melanggar peraturan organisasi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 7 November lepas, Muhammad Nazrin didakwa di mahkamah bagi pertuduhan melakukan ugutan dengan menunjukkan sebilah parang panjang kepada birasnya Mohammad Faris Ngatiman di sebuah rumah di Kampung Parit Jarum Tengah, Bukit Gambir kira-kira 7.10 pagi, 21 September lepas.


Mahkamah Majistret Segamat juga memerintah dia ditahan reman dari 29 Oktober hingga 1 November lepas bagi membantu siasatan berhubung kes keganasan rumah tangganya. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.