KISAH AMIRAH KAKI DADAH ROKOK DAN CLUBBING


Sekadar nak cerita pasal arwah kawan aku. Nama dia Amirah. Aku dengan dia memang jauh beza lifestyle. Langit dengan bumi. Amirah ni kaki dadah, rokok, clubbing, pukul orang, ugut orang, ko bagi la kat dia. Aku ni pulak dibesarkan dalam family yang kuat agama. Kami kenal start darjah lima. Sampai tingkatan 3 kami satu sekolah. Memang dia lah bff aku walau berlainan gila. Taktau la kenapa, tapi aku rasa dia jujur. Dia tak cakap kasar, biasa je. Dia tak berlagak kuat walaupun aku pernah tengok sendiri dia pukul budak laki sampai lembik. 

Masa umur aku 21, aku dapat offer kerja yang best. And aku tinggal menyewa dengan amirah. Setiap hari amirah minum arak. Smoking. Bukan pall mall kotak biru, dia smoke betul punya surya aceh tu. Perokok tegar. Solat tak pernah. Malam jumaat je start bersiap nak pegi clubbing. Aku mula rasa tak best. Maybe sebab dulu aku budak lagi, jadi tak rasa nak menegur. Bila dah besar tapi dia masih macam tu, aku rasa sedih gila. Lama aku dengan amirah jadi housemate. Sampai umur 25. Beberapa bulan sebelum dia meninggal, dia ada cakap kat aku,

“Wei, jangan jadi macam aku. Kau, semayang jangan tinggal. Dadah arak rokok semua ni, haram. Kau jangan tayang aurat. Kau jangan buat semua ni”

sambil-sambil tu tangan dia tengah tunjuk serbuk yang dia tengah sedut..dia gulung duit seringgit nak sedut masuk hidung. 

Masa tu, 1st time air mata aku menitik-nitik memang tak berenti untuk Amirah. Aku tak tersedu sedu tapi air mata aku tak berenti. Aku tau amirah dah high…fly entah jadi unicorn ke apa.. masa tu aku pegang tangan dia, aku kata “sudah lah. Ko kerja hebat. Ko educated. Ko jangan buat dah benda ni. Tolong stop semua ni once and for all.”Amirah sengih, pegang pipi aku, dia kata
“4 tahun serumah doh. 15 tahun kita kenal. Kenapa sekarang baru tegur? Kau nak masuk syurga sorang ye….hahahhahahaha…..” 
Lepas tu dia tidur. Lama. Esok tu dia tak pergi keje. Aku tengok dia still tidur dekat meja dapur. Sepanjang aku kerja hari tu, aku betul-betul tak tenang. Aku serabut sangat, rasa hati ni dikoyak-koyak. Aku terkesan sangat dengan apa amirah cakap. Betul, lama gila aku kawan dengan dia. Tapi aku tak pernah tegur kesilapan dia. Aku tak pernah ajak dia solat. Aku tak pernah halang masa dia amik high heels kat rak kasut untuk pergi clubbing. Aku terapkan sikap jangan campur hal orang. 

Tanpa aku sedar sebenarnya aku dah jadi kawan yang teruk. Aku nak masuk syurga sorang. Balik tu, amirah tengah makan megi. Dia nampak bersih dari hari-hari biasa. Maksud aku, dia sanggul rambut, pakai tshirt besar and sweatpants. Tak macam selalu, boxer singlet rambut serabai. Dia ajak aku makan. Dia betul-betul biasa. Takde bangkitkan hal semalam. Time tu aku tekad, dia nak kata aku ustazah pun, kata lah. Janji aku nak dia stop semua yang dulu sebab aku sayang dia. Aku ajak dia solat. Of course lah dia gelak je. Aku sorok lighter dia. Dia gelak lagi, and pegi cucuh rokok guna api dapur gas. Aku sengaja bukak channel tanyalah ustaz kuat-kuat, dia sengih masuk bilik pastu pasang lagu cradle of filth dia. Aku tak putus asa. Aku buat hari-hari. Tiga hari sebelum amirah meninggal, dia jenguk kepala kat bilik aku. Masa tu aku tengah main sudoku. Dia ajak mandi pool kat bawah. Aku cakap malas sebab dah mandi. Pastu dia kata “jom solat”. Aku buat-buat biasa dan jawab aku dah isyak. Dia ajak jugak solat la apa-apa pun. Aku cakap “boleh, jom tido dulu. Nanti aku kejut, kita tahajjud”. Dia cakap ok. 


Malam tu, kitorang bebetul tahajjud. Bilik asing tapi pintu bukak. Bilik aku bertentangan pintu dgn amirah sebab dia kata depan Allah dia nak sorang-sorang tapi dia taktau solat. So dia ikut je apa aku buat dari sebelah. Last sujud, bapak lama dia sujud. Aku tak tahan mata mengantuk, aku tidur dah. Aku tunggu dekat sejam kot. Dia tak angkat-angkat kepala. Esok aku bangun, amirah dah keluar. Aku pelik jugak sebab hari ahad. Takkan dia kerja. Aku keluar nak buang sampah, terjumpa dia tengah keluar lif, bawak breakfast. Lepas tu kitorg makan, amirah tanya aku, dia baik tak. Aku cakap boleh lah drpd tak ada. Everything seems normal.. sembang biasa.. amirah tak solat, still smoke and minum beer petang tu. Aku tak tau kenapa aku tahan lg bila dia tak smyg, rokok..mksud aku, aku tahan utk tak marah. Tp bila dia amik beer, aku rasa menggelegak hati. Aku amik beer and baling kat peti ais. Suara aku memang tinggi. Aku sakit hati sangat. Aku mengamuk petang tu. Aku jerkah amirah puas-puas. Tapi satu ayat dia yang buat aku stop and masuk bilik. “Lambat sangat kalau ko nak concern macam ni, babe. Aku tak kuat sorang-sorang.” 

Esoknya amirah tak keluar bilik. Aku pergi kerja macam biasa. Tepat 7pm aku sampai rumah. Amirah atas sofa, dengan muka yang sangat pucat dan mulut berbuih. Atas meja penuh dengan’barang masak’ dia. Aku memang lembik lutut. Air mata aku tak keluar tapi hati aku rasa nak pecah. Makan masa untuk aku sedar amirah betul-betul dah tak ada. Aku jerit. Aku nangis. Aku rasa bercampur baur, marah, tak percaya, sakit hati, kehilangan. Aku call ambulans, and after semua procedure setel (story ni akan jadi lagi panjang kalau aku cerita proses hospital, polis, kebumi arwah), aku duduk tepi bilik amirah dengan empty soul. Hari ni aku last kat rumah ni. Aku dah berenti kerja. Aku nak balik stay dengan fmly. Aku perlu masa nak hadam apa yang jadi. Memandangkn saving aku banyak, aku decide utk tinggalkan semuanya kat sini. Sepanjang aku drive nk balik kampung, aku berulang-ulang kali flashback ayat amirah.


“Lambat sangat kalau ko nak concern macam ni, babe. Aku tak kuat sorang-sorang.”

Korang, kalau sayang kawan, jangan jadi macam aku. Dan jangan perkecilkan masalah kawan. Jangan jugak lari dari kawan yang nampak teruk. Diorang perlukan kita. Diorg betul-betul nak kita ada. Chiow.

Yang Benar Fatin (Kawan Yang Menyesal)

No comments

Powered by Blogger.