'Kau Memang Anak Yang Celaka & Tak Guna!' - Ibu


Aku ada seorang abang, abang yang menjadi anak kesayangan, kebanggaan dan harapan ibu suatu masa dulu. Memang aku sendiri mengakui bahawa abang aku baik orangnya, rajin menolong ibu, mendengar cakap ibu.


Tetapi semua itu berubah apabila sudah berkahwin. Abang sangat melebih-lebihkan isteri dan mertuanya dari segala segi dan aspek. Sampaikan aku sendiri pelik, siapa yang lahirkan dia, siapa yang support dan bagi duit pada dia selama ini, siapa yang bagi duit hantaran berbelas ribu untuk dia kahwin, itu semua ibu yang bagi. 

Abang aku kerja bagus, Pegawai IT beb! Tetapi selama dia bekerja, satu sen pun tak pernah diberikan kepada ibu. Sampai dia sendiri mengaku pada ibu.

"Abang tak mampu bagi ibu duit tiap-tiap bulan," katanya.

Pedih yang teramat telinga aku mendengar kata-katanya itu. Aku tak tahu bagaimana dengan perasaan ibu.

"Berapa abang bagi pada isteri dan mertua setiap bulan?" soal ibu. 

"Abang bagi isteri RM300, mertua pula RM200," jawabnya.

Ibu? Satu sen pun dia tak mampu berikan. Bila kereta abang rosak, ibu juga yang menghulurkan duit. Bila hujung bulan, ibu juga yang bagi. 

Abang kerja bagus tetapi aku boleh nampak yang hidup dia bagaikan tiada keberkatan. Serius! Semua perniagaan yang dia pernah cuba semua tak menjadi. Sudah lama berkahwin tetapi masih belum dikurniakan zuriat. 

Isteri dia pula, pemalas gila! Dah jam 11 pagi baru bangun dari tidur. Bangun dan duduk makan saja di rumah ibu. 

Sekarang sibuk nak pergi haji, nak doa dapat zuriat dan murah rezeki. Aku sengih saja bila mendengar niat mereka itu. Bagi aku, cukup sudahkah dia mengembirkan ibu, dapat keberkatan dari ibu? 

InshaAllah memang dipermudahkan. Sekarang ini, ibu sudah lama memendam perasaan dan sikap abang aku yang semakin teruk melebih-lebihkan isteri dan mertuanya. 

"Kau memang anak tak guna!"

Ibu nak minta tolong memang payah, sampaikan ibu banyak kali terlepas cakap yang abang itu tak guna. Aku sedih sebab aku tahu ibu terlepas cakap tetapi itu semua doa, sebab itu aku cakap,

"Celakalah wahai anak lelaki yang tak hormat ibu sendiri,"
"Celakalah wahai anak lelaki yang melebih-lebihkan isteri,"
"Celakalah wahai anak lelaki yang buat hati ibu terguris,"

Sebab apa? Sebab hidup kau takkan berkat dan doa ibu itu sangat penting.

No comments

Powered by Blogger.