6 Aksi "Panas" Yang Ada Dalam Movie Underworld: Blood Wars! Ok Tutup Mata Ye..

raw-2

Siapa suka cerita pasal vampire dengan werewolf ni? Haaa cerita ni makin gempak tau dari yang pertama iaitu Underworld, Underworld Evolution (2006), Underworld Rise Of The Lycans (2009), Underworld Awakening (2012) dan yang terbaru yang akan ditayangkan tak lama lagi iaitu Underworld: Blood Wars (2017, Januari)
Mesti korang tak sabar kan? Meh admin nak bagi tahu sikit serba sedikit pasal movie nih. Underworld ni mengisahkan tentang seorang perempuan iaitu main karakter, Selene, yang menjadi hero dan heroin dalam masa yang sama.
Basically, Underworld ni adalah kisah tentang war diantara Lycans dengan vampire. Dua-dua ni memang musuh ketat la. Tapi yang menarik tentang movie Underworld ni, Selene (main karakter) ni ada motif yang lain tau. Dia ada sebab yang tersendiri kenapa dia tak team up dengan Lycans dan vampire.. Haa nak tahu apa tak..? Tengok la sendiri.

1. Lycans menyerang kubu pertahanan (safe house) vampire. Uish biar betul?!

bloodwars
Nak tahu kenapa Lycans attack vampire punya safe house? Sebab Lycans mencari sesuai yang sangat penting bagi dorang yang boleh membuatkan ketua Lycans ni iaitu, Marius, menjadi lebih powerful.
Selene kembali dengan niatnya tersendiri apabila ketua baru puak lycans ingin sesuatu daripada selene dan anaknya. Apalah agaknya yang diinginkan oleh ketua puak terbaru lycans tu kan? Korang kena tengok sendiri!

2. Power yang Selene ada lebih extraordinary kali ni! OMG!

selene-mad
Selene kembali dengan dendam yang membuak-buak didalam dirinya. Mak aih makin marah si Selene ni tau!
Peperangan kali ini menjadi lebih personal untuk Selene lepas apa yang terjadi kepada orang yang dia sayang. Kini selene kembali dengan lebih kekuatan untuk membalas dendam kepada puak Lycans nih.
Tapi kekuatan selene menjadi luar biasa dalam episode Underworld: Blood Wars ni tau. HAAA kekuatan apa yang dimaksudkan tu eh? Tunggu je la. Hehehe

3. Marius sebagai ketua Lycans yang terbaru. Uh oh!

seleneeee
Marius sebagai ketua puak Lycans terbaru nak menghancurkan vampire buat kali terakhir dimana mereka mengatur langkah yang gempak untuk menghapuskan semua vampire.
Lycans membina askar mereka yang begitu kuat sehingga puak vampire tidak mempunyai kekuatan untuk melawan Lycans sehinggalah kemunculan Selene. Adakah kekuatan selene boleh menandingi beratus askar puak Lycans?
Ataupun selene mendapat pertolongan daripada pihak lain? Jawapannya, nanti yerr..

4. Peperangan terakhir antara Lycans vs Vampire

last-war
Kalau korang nak tahu, ini merupakan peperangan terakhir diantara puak Vampire dan Lycans tau..
Kehadiran Selene untuk membantu puak vampire menentang Lycans tapi bila berhadapan dengan ketua baru yang bernama Marius adakah Selene mampu mencabar kekuatan beliau ataupun hayat Selene akan berakhir? Uishhhh seram nih!

5. Siapa yang boleh dipercayai oleh Selene lepas dikhianat dengan puak sendiri?

do-i-look-worried
Dalam WAR yang terakhir dalam Underworld: Blood Wars kali ni, Selene hanya mempunyai dua orang yang dia percayai iaitu david (Theo James) dan bapanya Thomas (Charles Dance).
Disebabkan dia pernah dikhianati oleh puak Vampire nya sendiri membuatkan Selene lebih berhati-hati dengan semua orang.
Korang rasa, adakah Selene akan menghapuskan puak vampire sekali? Itu merupakan tanda tanya yang tiada jawapan buat masa ini. Sama sama kita nantikan!

6. Ada seseorang yang datang dan menewaskan askar Lycans! Siapa tu eh?

lasttt
Haa kali ini akan menampilkan sesuatu yang baru yang memang tidak akan dijangka. Kehadiran Selene bagi membalas dendam tetapi kekuatan Marius sangat sukar untuk ditandingi.
Tapi.. Jeng jeng! Sesuatu yang tidak disangka oleh Marius berlaku apabila banyak askarnya telah tewas ditangan seseorang yang mempunyai kelebihan untuk menghilangkan diri dengan pantasnya.
Adakah individu ini berpihak kepada Selene ataupun hanya muncul untuk menghapuskan Lycans? Sama sama kita nantikan!

Dibintangi dengan pelakon yang sangat hebat dalam Underworld: Blood Wars

kate-beckinsale-theo-james-underworld-5
Kate Beckinsale sebagai Selene
Theo James sebagai David
Lara Pulver sebagai Semira
Charles Dance sebagai Thomas
Tobias Menzies sebagai Marius
Alicia Vela-Bailey sebagai Safehouse Lycan
Trent Garrett sebagai Hybrid Michael
Daisy Head sebagai Alexia
Dan ramai lagi!
gallery_02

Biarkan semua persoalan menjadi tanda tanya, nantikan movie Underworld: Blood Wars ni dipawagam pada Januari, 2017!

image003
gallery_01

Jom tengok Official Trailer dulu! Bagi surprise sikit. Hehe

No comments

Powered by Blogger.