1 Tubuh, 2 Makhluk... Aku nak jerit suara tak keluar...



Aku 23. Baru kerja. Lepasan degree. Aku boleh melihat makhluk ghaib. Dan macam sixth sense. Aku boleh kesan kehadiran makhluk ghaib. Benda ni bermula masa aku 11 tahun. Ayah aku bawa aku masuk hutan dengan member2 office dia. Waktu malam, aku dirasuk oleh makhluk halus. Tapi bukan yang ni yang menakutkan. 

Yang menakutkan adalah, dalam badan aku, ada “aku” yang lain. Makhluk yang pernah masuk dalam badan aku. Aku tak thu dalam scientific or dalam islam, ada ke tak fenomena ni. Aku pernah jumpa ramai yg pakar dalam hal ni. Conclusionnya, benda ni dah sebati dlm tubuh. Sebab dia berumah terlalu lama dalam badan aku. Aku dpt kesan kehadiran dia dlm badan aku bila aku 15 tahun. 

Masa tu dalam asrama. Aku tinggal dalam dorm. Aku tersedar pkul 2 pagi. Dan aku nampak clone aku betul2 berdiri depan pinth dorm. Susuk tubuh, muka, style rambut semua sama. Hanya satu yang lain. Dia “senyum”. Dan senyuman tu tak pernah aku buat selama ni. Bermakna, aku takut tgk diri sendiri. Lawak tapi benar. Malam tu aku memang cuak nak mampus. 

Aku tak tahu nak lari kemana. Semua dormmates aku tido. Aku nak jerit suara tak kluar. Nak bergerak tak boleh. Mcm tubuh aku kena paku atas katil. Kemudian dia hilang. Then aku tertido. Bila aku bangun, aku rasa macam tubuh aku berat gila. Rasa malas pergi kelas Malam keesokkannya, aku cuak gila nak tido. Sebab aku risau aku nampak dia lg. And betul. Aku nmpk dia lagi. Mcm biasa. Dia just pandang je aku and bg senyuman creepy nak mampus. Dan macam biasa juga, aku cuba menjerit dan bergerak tak dapat. 

Benda ni jadi sampai seminggu. Sehingga aku kalis. Pkul 2-3, mesti aku tersedar balik. Aku cuba jugak tido bilik lain. Still, dia ada. Kalau bukan depan pintu, celah tingkap, tepi katil member aku. Yang aku tahu, dia tak datang rapat kt aku. Sehingga satu hari, lepas smnggu. Aku tersedar pkul 2 lebih. Dia takde. Tapi dia berbisik tepi telinga aku dalam bahasa yang tak pernah aku dengar selama ni seumur hidup aku. Dan hairannya, aku faham!! Dan dia ada mention satu nama. Aku tak berani nak tulis nama tu. Dia bgthu yang dia taknak “aku keluar lama2. Balik rumah. Makanan ada di rumah”. Macam ni la lebih kurang. 

Aku tak faham kenapa aku faham. Aku terus bangun dan berlari ke rumah wardeb. Aku ketuk pintu kuat2. Warden buka dan bawa aku masuk dalam rumah. Dia tnya, aku explain. Warden trus siap2, start kereta bawa aku jumpa kawan dia. Kawan dia ustaz yang ubatkan orang. Bila kitorg sampai, jumpa ustaz, dia scan apa smua. Dia tnya aku, suara yg bisik tepi teliga aku tu suara laki ke perempuan. Aku cakap perempuan. Ustaz ckp, betul lah. Sbb perempuan bunian ikut kitorang. Aku dah start confuse. Sbb aku nampak laki. Laki sbb makhluk tu menyerupai aku. Ustaz bgthu yang ada dua makhluk tengah kacau aku. Yang aku nampak dan yang bisik kat telinga aku tu dua makhluk yang berlainan. 

Lepas kena rawat, aku balik ke asrama. Warden suruh tidur rumah dia. And dia suruh aku diamkan perkara ni. Sbb xnk bg makhluk tu kacau budak lain. So aku iyakan je. Keesokan malamnya, takde benda berlaku. Selama 2 tahun. Hingga aku 17 tahun. Aku bergaduh dalam sekolah. Bila aku lempar locker nasib baik tak kena. Semua terdiam sebab aku lempar locker. Sejak dari hari tu, aku rasa macam tenaga aku kuat. Tambah2 bila datang raya korban, ayah aku pelik sebab aku boleh rebahkan seekor lembu sorang2. 

Family aku syak something. Diorang panggil ustaz lagi. Aku hairan dan marah. Sbb panggil ustaz. Kemudian ayah aku explainm dia cakap setiap malam aku tidur mengigau. Aku bercakap dengan someone. Dalam bahasa yang dorang langsung tak faham. Dan aku sebut nama someone berulang kali. Dan nama tu bukan nama islam pun. Jadi aku syak ni mesti bunian tu. Aku jadi nak marah. Aku tengking satu rumah. Aku ckp yang aku xnk dia kacau aku. Aku suruh dia berambus. Aku terajang sofa. Aku tumbuk dinding. Tapi dinding tak berlubang. Tangan aku berdarah. 

Kemudian, secara tiba2 pintu rumah kena ketuk Ustaz suruh semua senyap. Sebab ustaz kata makhluk tu yg ketuk pintu. Kemudian ustaz tu pergi buka. Aku terkejut gila. Aku ternampak lembaga seorang perempuan yang cukup cantik. Tak pernah aku lihat sblum ni. Aku terkejut sambil tuding jari pada perempuan tu. Yang peliknya family aku xnmpak dia. Ustaz jerit kat aku. Ustaz minta aku laung nama aku dan bgthu aku bukan yang dia cari. Kemudian dia blah. 

Ustaz suruh aku kuatkan amalan. Dia just ckp makhluk ni nak berdamping dengan aku je. Dia ckp ada dua makhluk. Satu dalam badan aku. Satu lagi kat luar. Yang kat luar tu perempuan bunian tu. Cuma ustaz tak boleh keluarkan yang dlm badan aku. Sebab dh sebati. Tunggu aku “kuat” dulu baru boleh buang. Jadi, selama bertahun tahun. Sehingga aku 23 tahun. Aku cuba kuatkan amalan aku. Macam2 cara aku kena kacau. Sampai satu tahap, aku dah lali kena kacau. Aku selalu mengigau. Kadang2 kalau aku dok sorang2, aku mcm bercakap seorang diri. Kemudian aku tak sedar aku borak apa. Kadang2 datang dalam mimpi. 

Aku terjumpa makhluk menyerupai aku. Makin lama, makin biasa. Sampai satu tahap, aku tegur makhluk tu dalam mimpi. Aku tnya dia kenapa tak blah lg. Dia tak cakap apa2. Sehingga satu malam, dia ckp XXXXX akan datang lagi cari aku. “XXXXX” ni nama. Walaupun aku tak biasa dengar nama ni, tapi aku tahu nama ni nama perempuan. Aku tersedar dari mimpi. Aku mengucap. Keesokkannya, aku jumpa sorang ustaz yang agak terkenal. Dia bgthu juga apa yang jadi sebenarnya. 

Dia cuba berkomunikasi dengan makhluk tu. Katanya, masa aku pergi hutan dengan ayah aku dlu, ada budak lelaki bunian yang ikut aku dan nak berkawan dgn aku semata mata kerana muka aku sama dengan dia. Dan time tu aku pun budak2 lagi. Budak bunian tu datang dengan kakak dia. Lepas aku kena rasuk dengan budak bunian tu, budak bunian tu terus berumah dalam badan aku. Si kakak ni terus mencari adik dia hingga dia akhirnya jumpa jugak aku masa aku 15 tahun dalam asrama. Ustaz tu cakap, lembaga yang menyerupai aku tu sebenarnya budak lelaki bunian tu. Dia membesar bersama2 aku. Dan turn out muka sama dengan aku juga bila dia besar. Creepy kan? 

Aku tahu. Kakak dia nak aku buang adik dia sebenarnya sebab dia nk bawak adik dia balik. Adik dia takna tinggalkan badan aku. Diorang berkomunikasi apabila aku tengah tidur. Turn out, yang aku mengigau malam2 tu sbnrnya budak bunian tu tengah bercakap dengan kakak dia. Lepas aku dengar penjelasan ustaz tu, baru aku sedar dan ingat segala isi perbualan. Lepas berubat, akhirnya budak lelaki bunian tu keluar jugak dari badan aku. Aku nampak dia kluar dari badan aku. Memang sama muka dengan aku. Kakak dia dh tgh tunggu. So korang blh percaya atau tak percaya kisah aku. Takde kesan bagi aku. Kita hidup di dunia ni, berkongsi. Perkara ghaib ni memang disekeliling kita. Kuatkan amalan. Jangan terpesong. Salam – Farhan

No comments

Powered by Blogger.