Lelaki Ini Habiskan RM3Juta & Sanggup Jalani Lebih 110 Pembedahan Untuk Jadi Alien

1.2

Pelik-pelik je orang kat luar negara ni. Pembedahan plastik ni sudah menjadi kebiasaan di dalam culture mereka. Muka dah elok, cantik, handsome tapi mereka ingin jadi ‘orang lain’ pula. Contoh yang kita pernah dengar ialah lelaki sanggup habis jutaan ringgit untuk jadi Superman, Ken Barbie Doll, Harimau.. Eh macam-macam lagi la!
Terbaru, lelaki dari Los Angeles, California, Vinyll Ohh sudah lakukan pembedahan lebih 110 kali semata-mata untuk jadi Alien. Peliknya dia ni.. Anda tengok la sendiri.

Mula lakukan pembedahan pada umur 17 tahun

2
Vinny mula lakukan pembedahan pada bibir, dagu seawal umurnya 17 tahun. Dia yang bekerja sebagal model sambilan juga memakai contact lenses berwarna hitam size besar (Seperti mata alien) dan sering tampil warna rambut yang agak pelik.
Sekarang dia merancang untuk habiskan $160,000 untuk kos membuang kemaluan, puting pada tetek dan pusatnya. Gila!
Vinny berkata;
Saya mahu menjadi alien yang tiada jantina, saya mahu masyarakat tahu apa yang saya rasa dalam diri saya. Imej keseluruhan saya mahu lakukan adalah makhluk asing. Saya mahu menjadi hibrid, bukan lelaki atau perempuan.
Saya mahu jadi seorang yang tiada jantina sejak dari umur 17 tahun lagi. Saya sudah pergi jumpa doktor untuk lihat sama ada kemungkinan atau tidak. Tapi nasib saya tidak baik.
Saya tidak mahu orang fikir saya cuba untuk berubah menjadi seorang wanita. Saya boleh hidup tanpa organ-organ seksual jadi mengapa saya perlu mempunyai zakar atau faraj.

Obses dengan diri sendiri.

2.2
Vinny juga menambah;
Setakat ini saya telah habiskan $50,000 untuk penjagaan kulit dan prosedur termasuk dua rhinoplasties, pengisi muka di bibir saya, pipi dan tulang kening semua untuk nampak lebih memukau.

Saya nampak seperti Martian. Saya mempunyai kepala yang besar, tiada bulu kening dan saya sudah terbiasa dengan perkara itu.
Bila orang bertanya apa yang menggambarkan diri saya yang sebenar, saya menjawab ‘Huru-hara dan taksub dengan diri sendiri’. Itu jadi slogan peribadi saya.

Vinny memulakan prosedur kosmetik selepas berasa seperti orang buangan ketika membesar.
Sumber: Mail Online

No comments

Powered by Blogger.