'Jangan Jadi Bodoh'- Nazim Othman 'Diserang' Kaum Wanita Oleh Kerana Nasihatnya Di Instagram Ini
Saban hari kita di surat khabar mahupun sosial media kita ‘disajikan’ dengan kes rogol dan bunuh. Antara sebab utama kenapa perkara ini terjadi ialah kerana wanita berpakaian mendedahkan aurat serta tak pandai jaga diri. Tapi tak juga, sebab benda ni jadi pun ialah kerana nafsu lelaki itu sendiri macam ‘binatang’.
Nazim Othman baru-baru ni muat naik kapsyen di Instagram menyatakan nasihat untuk para kaum hawa di luar sana supaya sentiasa menjaga pakaian ketika keluar, pandai jaga diri agar kes rogol dapat dihindarkan. Tapi nasihatnya itu dapat respon negatif dari kaum wanita sendiri. Agak-agak bahagian mana yang Nazim Othman salah cakapnya ya?
‘Jaga pakaian dan perangai..’
Saya selalu menasihati kaum wanita yang rapat dengan saya supaya jaga pakaian dan tingkahlaku. Ini sebab saya ambil kisah tentang imej dan keselamatan. Saya faham semua wanita ingin kelihatan cantik. Walaubagaimana pun ia ada perbezaan antara imej ‘cantik tapi menarik’ dan ‘senang nak makan’. Wahai wanita di luar sana, tolong jaga keselamatan anda. Anda tak perlu nak dedahkan sangat kulit anda pakai pakaian yang sexy serta leggings. Lelaki tertarik dengan perempuan cantik dan sexy adalah perkara biasa. Tapi ada antara mereka yang gila dan liar. Itu sebab sekarang ni kita sering disajikan dengan kes rogol, dan itu buatkan saya sedih. Nasihat ini mungkin susah nak diterima sebab perkara ini (rogol) tidak pernah terjadi pada anda. Pencegahan adalah sentiasa baik dari penawar. Mangsa rogol selalu akan jadi trauma dan alami masalah mental dan ia amat sedih. Anda mungkin akan dapat mencegahnya sebab anda adalah insan yang lebih baik. Pakai pakaian yang sepatutnya, jaga tingkahlaku dan anda akan mendapat penghormatan yang sepatutnya. Para lelaki akan tengok dan hormat anda.
Post a Comment