Inilah 10 Manfaat Tersembunyi Dari Kulit Pisang Yang Ramai Tak TAHU !! No.4 Paling Tak Sangka. Sila Sebarkan...

Pisang merupakan buah yang sedap, murah, dan mudah didapati di negara beriklim khatulistiwa seperti Malaysia.



Inilah 10 Manfaat Tersembunyi Dari Kulit Pisang Yang Ramai Tak TAHU !! No.4 Paling Tak Sangka. Sila Sebarkan...

Sayangnya selain menikmati isi buah pisang yang manis dan sedikit kelat, tidak banyak yang tahu, kulit pisang juga mempunyai banyak manfaat. Mulai sekarang, jangan buang kulit pisang anda. Berikut 10 manfaat kulit pisang yang mungkin belum anda ketahui.

1. Mengilatkan Kasut Dan Aksesori Daripada Kulit
Untuk pakaian yang diperbuat daripada kapas, getah kulit pisang memang boleh menyebabkan kotoran hitam yang sukar dibersihkan. Namun kulit pisang memiliki manfaat bagi aksesori daripada kulit. Gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada kasut kulit anda. Kemudian bersihkan dengan kain microfiber/kain lap biasa yang bersih. Anda akan mendapati kasut kulit yang kilat seperti baru dibeli. Boleh juga diaplikasikan pada aksesori kulit lainnya seperti jaket, sofa, dan beg tangan.

2. Melembutkan Ayam Panggang
Ketika memanggang ayam, lapiskan bahagian atas dan bawah ayam dengan kulit pisang. Cara ini membuat daging ayam terlerau dari tulang-tulangnya, bertekstur lembut, lembap, dan sedap di kunyah.


3. Menyuburkan Tanaman
Kulit pisang kaya kalsium dan magnesium yang sangat baik untuk menyuburkan tanah. Letakkan kulit pisang di pot tanaman atau tanah di sekitar tanaman anda agar tanaman tumbuh dengan subur. Kulit pisang sangat baik untuk menyuburkan terutama pohon tomato.

4. Menyembuhkan Gatal, Ruam, dan Gigitan Serangga
Menggosokkan kulit pisang di area kulit yang merah-merah akibat gatal, ruam, dan gigitan serangga akan membuat kulit kembali halus dan menghilangkan rasa gatal.

5. Membersihkan Perhiasan Perak
Campur kulit pisang dengan air, lalu blender. Adunan ini sangat berguna untuk membersihkan perhiasan perak dan membuatnya berkilat.

6. Menghilangkan Kutil
Kutil di kulit terkadang mengganggu dan sukar dihilangkan. Namun kandungan kalium dalam kulit pisang mampu menghilangkan kutil dan mencegahnya tumbuh kembali. Caranya, tempekkan kulit pisang di bahagian kulit di mana terdapat kutil, lalu biarkan semalaman. Anda boleh melekatkan kulit pisang dengan bantuan plaster. Lakukan secara rutin selama satu atau dua minggu sampai kutil menghilang.

7. Meningkatkan Kualiti Kompos
Berbagai kandungan vitamin dan mineral dalam kulit pisang akan meningkatkan kualiti kompos sehingga menyuburkan tanah dan tanaman. 

8. Mengubati jerawat
Gosokkan kulit pisang ke wajah terutama yang berjerawat. Biarkan sejenak, biarkan sisa-sisa pisang menempel di wajah, lalu bersihkan dengan air. Lakukan secara rutin hingga jerawat hilang dan kulit anda mulus berkilau.

9. Masker Muka
Kulit pisang juga boleh dimanfaatkan sebagai masker muka. Tempelkan kulit pisang di wajah pada malam hari. Bersihkan dengan air suam keesokan harinya. Lakukan secara rutin, anda akan mendapatkan kulit wajah yang halus dan mulus.

10. Memutihkan Gigi
Gosokkan kulit pisang selama dua minit sebelum menggosok gigi. Kulit pisang membantu membersihkan dan memutihkan gigi anda. Lakukan selama dua minggu berturut-turut atau lebih untuk melihat hasilnya.

Jika artikel 10 Manfaat Tersembunyi Dari Kulit Pisang ini bermanfaat untuk anda, jangan lupa SHARE ye!

No comments

Powered by Blogger.