Suatu hari masa saya balik, saya dikejutkan dengan jiran saya dah pindah. Rumah dorang kosong. Sampai sekarang saya taktahu mana dorang. So mak saya bagi saya kat makcik saya. Start dari sini la saya rasa macam duduk dalam neraka.




Tiga tahun berlalu.
Suatu hari masa saya balik, saya dikejutkan dengan jiran saya dah pindah. Rumah dorang kosong. Sampai sekarang saya taktahu mana dorang. So mak saya bagi saya kat makcik saya. Start dari sini la saya rasa macam duduk dalam neraka.

Dalam sebulan yang pertama saya tinggal dengan makcik saya, saya boleh nampak dia seorang yang agak tak mementingkan agama. Selalu bawa balik lelaki. Bukan sorang, ramai. Setiap hari lelaki lain lain. Tak kira bangsa agama semua dia bawa balik rumah. Terjadi depan mata saya sendiri adegan yang agak kurang senonoh. Tetapi dengan usia saya yang baru 16 tahun, saya tak berani nak cakap apa apa. Sampai la suatu hari, saya perlukan tandatangan dia untuk hal sekolah. Dia cakap kalau nak dia tandatangan, saya kena ikut semua perintah dia. Saya yang masih head full with puzzles bersetuju dengan segala syarat dia bagi. Dia menyuruh saya meniarap di atas katil dan ketika itulah saya diliwat oleh makcik saya sendiri. Benda ni tak jadi sekali tapi banyak kali. Boleh dikatakan setiap hari makcik saya minta dan saya cuma menurut. Saya takut, saya taktahu apa apa, jadi saya tak berani nak report kat sesiapa.
Suatu hari makcik saya disahkan menghidap aids, dan dia dimasukkan ke dalam pusat rawatan. Masa tu umur saya 17. Setahun lebih saya bergelumang dengan dosa bersama makcik saya. Saya buntu. Selepas makcik dimasukkan ke dalam pusat rawatan, saya dijaga baik di sebuah rumah kebajikan yang terletak di Damansara. Saya bercerita satu per satu kepada seorang kaunselor di sana. Dari situ la saya belajar solat, baca quran dan bertaubat. Dari situlah saya rasa disayangi dan pertama kali kenal istilah kawan. Alhamdulillah saya memperoleh 7A 1C di dalam peperiksaan SPM dan berpeluang menyambung pelajaran di UIA Gombak.

Sehingga kini saya taktahu mana mak saya, ayah saya, makcik saya. Saya sebatang kara. Kesian bakal bini saya nanti takda keluarga mentua hehe. Saya bercerita hanya untuk dijadikan pengajaran buat semua. Bukan untuk meraih simpati ok? Be good, Allah is always with us. Jangan pernah lupakan Dia dalam any situations pun. Dan Allah terima taubat hambaNya yang benar benar ingin beristiqamah ke jalanNya. Sama sama kita jadi umat Islam yang bertaqwa ya? Bukan acah taqwa hehe. Assalamualaikum dari saya 😊

-Abdullah

No comments

Powered by Blogger.