Selamat Tidur Abah - Luahan Sayu Anak Pendaki Malaysia Maut Di Gunung Damavand Iran
Beberapa hari lalu negara dikejutkan dengan berita kehilangan dua orang pendaki dari Malaysia di Gunung Damavand Iran. Bagaimanapun hanya seorang pendaki iaitu Syed Redzuan sudah ditemukan buat ketika ini.
Usaha untuk membawa pulang jenazah sedang giat dilakukan dengan bantuan kedutaan Besar Malaysia di Iran. Namun apa yang menarik perhatian netizen ialah keperibadian allahyarham Syed Redzuan seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan tempoh hari.
Ikuti luahan salah seorang anak allahyarham di akaun media sosial miliknya.
Rancang nak daki Gunung Everest
Jogging and running, abah start dulu.
Swimming and Cycling, abah stary dulu.
Hiking and join tournament, abah start dulu.Until, ketiga2 hero anaknya dapat ikut sekali berlari marathon dengannya, cycling dr rumah hingga Putrajaya dan hiking sehingga ke Gunung Kinabalu.
Abah rancang nak hike Mount Everest lagi dua tahun. Nak bawak semua hero2 ni join sekali.
Tapi Allah Maha Perancang. DIA lebih mengetahui.
Arabic Studies, abah yang paksa adik ambil.
Supaya adik dapat faham Al-Quran, dapat keluarkan dan faham dengan hukum-hakam Al-Quran kalau nak ambil Law, senang untuk berdakwah dan untuk akhirat.
Dari tiada minat walaupun sedikit didalam bidang Arab dan dapat Gred yg cukup2 makan je utk Arab didalam SPM, but nowadays, Bahasa Arab adalah jiwaku. Susah utk meninggalkan subjek Arab. Abah kata abah nak adik belajar arab terus sehingga PhD. Mampukah aku? ?
Doakan supaya urusan membawa pulang jenazah Arwah Abah (SYED REDZUAN BIN SYED SALIM SHATRI) dari Tehran ke Kuala Lumpur dipermudahkan.
Video assignment adik, khas credit untuk abah.
Walaupun video ni akan dipertandingkan ke peringkat antarabangsa, adik just nak seluruh dunia doakan kesejahteraan abah di alam sana. InsyaAllah ?. Link di bio InsyaAllah.
Pesanan abah
Selamat tidur abah
Buat masa ini urusan untuk membawa pulang jenazah sedang dijalankan dan mengambil masa kira-kira 3 hingga 4 hari. Salam takziah buat keluarga, moga allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Sumber : Adhlisyed
Post a Comment