Mesin Jahit Berhantu !!
Maaf pembaca, aku menulis sebab aku taknak korg terjebak. Terjebak dengan keturunan saka ni. Ye, betul. Memang nenek aku membela. Kali ni aku tulis habis. Lepas nenek aku campak pinggan ke lantai tu, aku memang bentak habis. Aku jerit kat nenek sekuat hati sebab aku nampak benda tu belakang dia. Aku tahu bukan nenek yang marah tapi benda tu. Sorg perempuan tua rambut panjang giler belakang nenek aku! Muka dia bengis. Bengis sampai aku tak tahu nak huraikan macam mana. Walaupun masa tu tengahari.
Benda tu wujud sebab aku baca ayat Qursi. Ibu pun nampak tapi ibu senyap, ibu just menangis. Korang ada yang tanya pasal abah aku kan? Abah aku lepas hantar kitaorg balik kampung, abah ikut kawan die kontraktor outstation. Sebab abah memang tak biasa duduk rumah. Mesti nak keje. Jd lps die hantar kiteorg, die just tidur umah nenek 2 hari dan terus berangkat dengan kawan dia. Aku ada cerita dekat abah tapi abah kata, “Jangan sampai adik ikut die!” .. Masa die cakap ni aku tak paham. Aku ingat abah cakap macam ibu. Jangan layan perasaan. Rupanya abah tahu sebab tu abah tak nak lama kat kampung. Lagipun ni nenek belah ibu aku. Jadi kau paham2 laa..
Mane ada menantu lelaki suka duk rumah mentua lama2. Lepas je aku nampak bende tu, aku lari masuk bilik. Aku tenung mesin jahit tu, aku nampak jarum kat mesin tu jarum emas! Aku belum penah nampak jarum mesin wane emas. Aku capai tudung, aku terus keluar dari rumah nenek. Aku tak berapa tahu sebenarnya kampung ni tapi aku bawak je basikal pergi rumah kawan sekelas aku utk bawak aku pergi rumah ustaz yang ajar aku subjek agama kt sekolah. Sampai rumah ustaz tu, ustaz pelik tengok aku.
Kawan aku pun cakap dekat ustaz apa yang aku alami di rumah nenek. Ustaz mula berubah muka. Aku tahu die seram. Aku tahu die sendiri terkejut. Tapi aku tak kira! Aku nak benda tu keluar dari rumah!! Ustaz bawa aku dengan kawan aku naik kereta die pergi rumah seorang imam. Ustaz aku yang cakap pakcik tu imam. Aku tak kenal sape kat kampung ni. Pakcik tu mula tanya aku macam2 soalan dan aku pun jawab . Last pakcik tu kata saka tu nak beralih tempat dan nenek aku dah tak larat nak jaga benda tu. Tapi aku cakap dekat pakcik tu, kenapa benda tu ada lebih agresif pada waktu malam di mesin jahit? Pakcik tu mintak aku balek dulu , bawa sekali air yang die da bacakan surah ruqyah. Aku pun ada hafal sikit surah2 ruqyah ni sebab di sekolah lama dulu , memang ustaz ustazah beriya suruh hafal. Sampai je rumah, nenek terlantar sakit. Air yang pakcik tu kasi, aku tuang dalam cawan dan aku suruh ibu suap nenek.
Tahu apa yang terjadi? Nenek muntah jarum!!!! Kalau org santau biasa keluar segala paku segala kaca, tapi nenek aku keluar jarum!! Jarum jahit yang besar2 tu, jarum mesin yang wane emas tu pun ada. Banyakkkk!!! Allah… Aku ngeri tgok nenek macam tu. Sumpah weyh!! Nenek aku umur 89 tahun, kudrat die utk muntah buatkan aku menangis. Ibu pun nangis sama tgok mak dia macam tu. Benda sama berlaku utk beberapa malam. Aku tak boleh nak tidur sb katil aku macam berat sebelah. Aku rasa macam org ada sebelah aku. Aku tidur dengan ibu kt bilik nenek sb ibu nak jaga nenek. Jadi aku ikutkan. Lain pula ceritanya bile tido bilik nenek. Setiap pkul 3 pagi, aku akan nampak pempuan tua tu hisap kaki nenek. Aku baca ayat Qursi dalam hati, cuba utk tak buka mata luas2. Lepas tu aku nampak arwah atok jalan2 dalam bilik nenek ni. Allah..
Aku macam nak jatih jantung tapi aku bertahan. Aku genggam baju ibu sb nak tahankan takut. Tiap kali benda tu hisap kaki nenek, nenek menjerit meracau. Aku jadi stress yang teramat. Kalau korg kata, baca albaqarah di kepala nenek. Ya, aku buat bnda sama. Dan ibu menyebabkan nenek bertambah tenat. Malam 3 hari selepas kejadian, aku dengan ibu baca yasin dekat katil nenek. Sebab malam je mula nenek sakit teruk. Dari awal kami dtg, die tak bagi kiteorg baca yasin kt die sb dia kata bising dia nak tido. tapi kali ni aku berkeras cakap kt ibu, nak baca yasin kt katil nenek. Sangkaan aku, nenek terlantar, die takleh buat apa2 kat aku dan ibu yang tgh bce yasin. tapi malangnya, sangkaan aku salah. Mesin jahit kt bilik tidur aku kat sebelah kuat giler bunyi. Macam orang menjahit ganas tu! Ibu dah mula nangis dan berhenti baca, aku tahu ibu takut sebenarnya. aku cuba kuatkan semangat, aku baca sekuat hati. Nenek dah menggelupur kata dia sakit. Aku peduli apa!
Aku tak nak benda ni beralih kat ibu aku. Aku pun taknak!! Nenek takde anak lain dah selain ibu lepas semua anak2 lain tak hiraukan dia. Awalnya aku marah dengan pakcik makcik aku sb taknak jaga nenek padahal diorg duduk dekat je dengan rumah nenek. Aku dan ibu yang duduk berkilo2 meter yang diminta balik ke kampung. tapi lpas apa yang brrlaku, aku tahu, diorg sebenarnya taknak benda ni beralih tuan! Diorg taknak syaitan yang nenek bela ni!! Ibu capai telefon kt tepi katil, ibu telefon ustaz kat kampung ni sb ibu tgok nenek dah macam nazak sgt. Aku gagahkan juga baca yasin smpai habis. Nenek dah berdarah2 mulut, keluar lagi jarum2 banyak giler. Aku tgok kaki nenek mengelupas teruk. Pecah2 dan mula berdarah. Aku mula menangis. Menangis sebab aku kesian kat nenek. Dia tua kot! Kenapa hantu ni jahat sangat!!!!
Aku habis baca yasin, aku lap muka nenek sambil selawat. Kau nak tau muka nenek aku macam mana masa tu? macam mayat yang dah bertahun mati!! Muka nenek teruk!!! Teruk seteruknya!! Jiran aku yang dgr bunyi riuh rendah kat umah aku, mula datang. Makcik2 yang datang ni macam berbisik2.. Diorg bukan baca yasin pun! Mengumpat je lebih! Ada yang aku dgr, diorg tanya satu sama lain, “pergi beralih kat sapa?” masa ni aku memang geram. Geram terlampau. Boleh dikatakan sejak aku duduk kampung, aku jd seorg pemarah. Pantang silap, aku pnye melenting….. Aku tanya makcik sorg tu. Die duduk btol2 dekat dengan pintu bilik nenek. Die tak bagi org lain masuk sb die kata, aib nenek aku dalam keadaan begitu. Nti kene umpat keji org kmpg. Aku tnya dia, die tahu ke nenek aku ada saka. Dan dia kata dia tahu.
Dia tahu nenek ada saka dan nenek bela hantu raya! Allah.. Berderai jantung aku. Masa ni aku memang marah dengan nenek sampaikan aku cakap dalam hati, “Ya Allah.. Matikanlah nenek aku sekarang!!” sb aku dpt rasakan lagi lama nenek hidup, kami yang lebih menderita. Ustaz yang ibu tepon sampai, bersekali dengan imam kampung. Diorg semua tahu nenek ada saka. Tgok pada keadaan nenek, imam suruh buka semua pintu dan tingkap.. Kau bayangkan malam2 buta segala pintu tingkap semua kene bukak! Dah la sejuk! Angin pulak malam tu tgh kuat! Aku jd tension! Aku nak semua ni berakhir segera. Pak imam azankan bilik nenek, aku yang kat luar mula bingit dengan bunyi mesin jahit kt bilik aku tu. Kuatnya nauzubillah. Ditambah dengan bau busuk yang teramat. Imam azankan setiap penjuru rumah. Makin imam kuat laungkan azan, makin kuat aku dgr bunyi mesin tu.
Kaki nenek habis pecah2 sebab jarum semua keluar dari kaki die, muntah takyah cakap laa.. Aku rasa beratus batang jarum dalam baldi tu die muntahkan. Aku hanya mampu nangis. Ibu pun sama. Nenek pegang tangan ibu, nenek mintak ibu terima. Tapi aku tegas cakap kat ibu utk jangan terima!!! Sekali kalau terima, inilah akibatnya nanti! Ibu antara dua. Nak terima atau tak. Sb aku tahu ibu kesian tgok nenek. Ustaz kata jangan terima. Nti akhirnya begini. Disebabkan ibu tak nak terima, nenek nazak begitu smpailah utk beberapa hari. Sepanjang hari2 itulah, mesin dalam bilik tidur aku tu bising macam org tgh menjahit. Aku tanya ibu, sapa yang bawak mesin tu turun. Ibu cakap nenek yang bawa turun dari loteng. Maknanya apa? Maknanya betul laa kan mesin ni yang aku dgr di loteng tu!!! Aku minta ibu cakap jujur. Cerita dekat aku. Dan ibu pun cerita. Ibu cerita aku ni anak ke empat sebenarnya. 3 lagi abg kakak atas aku dah mati masa dalam janin sebab jadi makanan hantu raya nenek aku. Aku menahan geram…. Allah je yang tahu.
Ibu cakap dulu nenek org susah, amik upah menjahit je utk sara ibu n adik beradik die. Jadi nenek bela saka, amek susuk dan bela hantu raya supaya customers sntiasa ada. Atok meninggal lepas berjaya buang satu daripada susuk yang nenek pakai. Aku tiba2 jd benci kt nenek masa tu. Benci teramat!! Aku memang mintak dia mampus cepat sb die menyusahkan aku dan ibu.! Ibu cakap lagi, mesin jahit tu nenek dah puja supaya tak berat utk die menjahit. Ibu rahsiakan bnda ni dari aku sejak aku kecik! Aku geram giler dengan ibu masa tu. tapi aku pikir, ibu tak salah. yang salah mak die! Dipendekkan cerita, aku telefon ustaz aku di sekolah lama. Dia antara pengamal perubatan islan di Darul Syifa’. Aku kasi alamat rumah kampung, aku minta dia datang dengan jemaah2 yang lain. Esoknya petang nak dekat senja baru ustaz tu smpai dengan beberapa org yang lain. Mereka kata, patut mereka sampai tengahari tapi mereka seperti di “sorok” dan hanya berpusing2 di kawasan sama hinggalah ke waktu senja. Aku yang menyaksikan akibat belaan ni, aku jadi insaf! Aku jadi takut! Bukan takut kat setan2 ni semua tapi takut, azab Allah kelak sebab menduakan Dia! Sekarang ni pun bagi aku dah kira azab Allah ke atas dosa nenek aku. Ustaz minta izin masuk ke bilik nenek. Ustaz buka semua pintu tingkap pintu bilik pun semua habis dibuka. Dan ustaz mula azan.. Ustaz azan je, aku mula melilau mata pandang kiri pandang kanan. Sebab ustaz ckp, die nak cuba buang saka tu dari nenek. Aku risau jugak kalau2 saka tu pergi kt aku!
Ustaz minta aku dan ibu keluar dari bilik nenek. Ustaz azan dan aku dgr beberapa ayat Quran yang ustaz baca kuat. Pada masa sama, aku dgr nenek muntah dan lantai bilik terderai bunyi jarum. Aku tahu, mesti die muntah jarum lagi.. Sorg pembantu ustaz keluar dari bilik tu dan tanya aku dan ibu, “Mana nenek simpan jarum emas?” Aku tak tunggu lama dah! Ibu termangu2 tak tahu kat mana nenek simpan,tapi aku tahu. Jarum emas tu ada kt mesin jahit di bilik aku. Pembantu ustaz tu baca ayat di jarum tu sebelum cabut dari mesin sb mula tu aku tgok die macam payah nak cabutkan jarum tu. Lepas je die cabut, aku dgr nenek jerit kuat.. Seram gilerr aku dgr suara nenek meraung!! Pembantu ustaz tu bungkus jarum emas tu dalam kain putih, diikat sekali dengan duri landak. Aku tak tahu knpe mesti guna duri landak. Ustaz pggil ibu masuk, minta ibu ajarkan syahadah kat telinga nenek. Masa tu mata nenek dah tersembul macam nk terkeluar. Ke atas mata dia. Tgn kaki semua kejang . Aku hanya mampu istigfar tgok keadaan sakarat nenek. Pembantu ustaz tu letak jarum yang die ikat tu dalam bekas botol kaca dan di tutup kuat.
Lama keadaan nenek macam tu, hinggalah subuh esoknya, nenek akhirnya menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan yang bagi aku cukup ngeri. Muka nenek lebam2 macam kene pkol teruk! Bdn nenek pecah2 bernanah. Masa mandi jenazah tu, aku, ibu, mak2 sedara dan seorg makcik yang tunjuk ajar cara mandi jenazah yang ada di kawasan tmpt mandi tersebut. Kami mandikan jenazah dalam keadaan senyap sepi. Aku nampak ibu sedih teramat. Lebih daripada mak2 sedara aku yang lain. Lepas dah selesai ursan nenek, tahlil semua, ustaz cakap benda tu die kene buang kat sungai. Tapi dia ada pesan kat aku, benda ni tak bermakna hilang gitu je. Ustaz kata benda tu akan cuba utk masuk kalau aku leka. Sebab tu smpai lah sekarang ni, kalau aku buat sesuatu, aku rasa ada benda yang memerhati. So inilah dia kisah yang aku sedaya upaya pendekkan utk korg.. Aku mohon, jangan laa amek benda2 macam ni dalam kehidupan korg. Teruk weyh.. Teruk die tu bukan setakat kene demam denggi, tapi tahap demam zika yang boleh kecutkan otak dan tumbesaran korg. Pada kawan2 aku yang tahu cerita ni, jgn la tag2 aku kt komen.. Aku just cerita utk pengajaran bukan utk aibkan nenek aku. Nenek aku dah meninggal da lebih 3 tahun. Sekian dulu dari aku yang masih dalam trauma dan ketakutan.. Assalamualaikum – Aku Ketakutan MESIN JAHIT BERHANTU
Post a Comment