''Kalaulah Lembu Dengan Aku, Lagi Sanggup Tidur Dengan lembu''- Isteri Diceraikan Kerana Gemuk Hodoh Tak Macam Bini Baru
Perkahwinan adalah satu sunnah yang dituntut di dalam Islam. Selepas perkahwinan ada yang bahagia dan ada yang lagi menderita. Kunci utama untuk menjamin kebahagiaan rumah tangga adalah saling bertimbang rasa sesama pasangan serta restu dari kedua-dua ibu bapa.
Rasulullah bersabda “Sesuatu yang halal tetapi paling dibenci Allah adalah perceraian”. Jadi, di dalam Islam sangat-sangat dibenci berlakunya penceraian.
Dalam artikel kali ini menarik untuk saya berkongsi satu kisah seorang janda yang ditinggalkan suami kerana selekeh dan tidak pandai melawa.
Baca kisah ini…
1. During hearing case (anak dia). Saya kagum sangat, usia dah hampir separuh abad tetapi body macam anak dara, bergaya, kulit mulis tegang. Setiap kali hadir ke mahkamah, bekas suami pun tak pernah tak datang. Awalnya, saya tidak pernah menyangka yang mereka sudah bercerai sebab bekas suami nampak sangat ambil berat mengenainya.
2. Saya perasan kakak ini selalu saja macam nak marah, buat tak tahu dan tak layan bekas suami dia (masa itu tak tahu pun yang mereka sudah bercerai). Tetapi bila akak ini tengok reaksi saya yang macam tertanya-tanya, kemudian dia pun jelas kan. “Puan Nurul, jangan salah sangka. Akak dah lama bercerai,”
3. Alangkah terkejutnya saya. Betapa bagusnya bekas suami dia sampai tak pernah tak datang tengok kes anak dia. “Dah gila talak, nak buat macam mana? Biar dia rasa,”
4. Saya selalu puji yang akak ini cantik, bergaya, lembut orangnya. Tetapi kenapa bercerai? The next hearing date, selepas habis kes, kami pun turun ke kafe. Bersembang-sembang sampailah ke bab peribadi. Dia bawa keluar satu gambar lama dari dalam begnya. Terkejut saya melihat gambar dia dan bekas suaminya. Hitam, gemuk, tak make up langsung, berkain batik, selekeh, sementara itu lelaki yang berdiri di sebelahnya kelihatan agak kacak.
6. 15 tahun, dia abadikan diri dengan suami. Kerjaya sebagai jururawat terpaksa dilupakan kerana suami mengarahkannya berhenti, duduk rumah dan jaga anak. Duit tak diberi, suami beri cukup-cukup makan. Tak ada lebih langsung untuk beli baju baru, alat solek atau untuk keluar berjalan-jalan. Duduk di rumah saja menjaga anak. Suami pula sesuka hati keluar dengan kawan-kawannya. Dia hanya mampu menahan sabar. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan 4 orang anak. Setiap seorang umurnya selang setahun. Letihnya? Tuhan saja yang tahu.
7. Suami mula berubah bila dia menjadi gemuk. Bukan sengaja tetapi tiap-tiap tahun beranak, tak sempat nak kurus, dah diusik. Nak keluar joging, tak ada orang nak tinggal jaga anak. Nak beli ubat kurus, jamu semua bagai, duit tak ada. Nak melawa pun duit tak ada.
8. Suami pula elok saja beli barang baru, baju baru tetapi tak buat balik untuk isteri. Selepas suami naik pangkat, mulalah menghina isteri.
“Awak duduk rumah, selekeh tak macam orang office saya,” bentaknya.
Suami mula membandingkan dia, hina tubuh badan dia dan sampai satu masa, berbulan-bulan dia tidak disentuh oleh suami.
9. Nekad mahu mengoda suaminya semula, selepas melahirkan anak yang keempat, dia belajar menjahit. Bawa keempat-empat anaknya ke balai raya pergi belajar menjahit. Suami nak tolong? Haram! Mengutuk adalah. Selepas belajar menjahit, dia pula ambil upah menjahit. Adalah duit sikit, bolehlah beli baju baru sehelai dua.
10. Dalam usaha nak memikat semula hati suami, kantoi pula suaminya berkahwin dengan perempuan lain di Thailand. Sedih tak terkata, terasa begitu hina dibuatnya. Sudahlah nafkah kahwin culas, bukan kaya pun, nak beli baju kata tak ada duit tapi boleh kahwin lagi seorang. Isteri baru bekerja satu pejabat dengannya. Anak dara, cantik dan bergaya.
11. Dia redha dan cuba sedaya upaya menyelamatkan perkahwinannya walaupun selepas itu suaminya sudah jarang pulang ke rumah. Paling teruk bila madu dapat anak seorang. Nafkah langsung tidak diberi. Dia terpaksa bekerja mengambil upah menjahit bagi menyara anak-anak. Balik saja ke rumah, suami akan banding bezakan dengan madu yang cantik, pandai jaga badan dan pandai segala serbi.
12. Sejak ada isteri baru, suami sudah pandai naik tangan. Kadang-kadang suami bermalam di rumah dia, isteri baru datang, suruh balik ke rumahnya. Suami akan balik dan tinggalkan dia seorang diri. 10 tahun dimadukan dan itulah tempoh dia menghadap perkara seperti ini.
13. Hari sebelum dia diceraikan, mereka bergaduh tentang nafkah kewangan dan juga nafkah batin yang sudah lama suami tidak tunaikan. Bila gaduh, ada tengking menengking dan dia tidak tahan lalu meminta diceraikan. Masa itulah suami dia menghina. “Kalaulah lembu dengan aku, lagi sanggup tidur dengan lembu!” Selepas suami berkata seperti itu, Allah hadirkan perasaan benci yang teramat sangat pada dia, sampai dia sudah tidak tahan lagi lalu meminta diceraikan pada masa itu juga.
14. Suami dengan mudah menceraikan dia. Selepas diceraikan, suami siap cakap, “Aku nak tengok sejauh mana kau boleh pergi tanpa aku! Kalau nak aku rujuk balik, jangan lupa datang ke rumah madu kau sebelum tampat tempoh iddah. Selepas dah tamat, aku tak kuasa dah nak melayan rujuk dengan kau!”
15. Terasa terhina, dia tidak menoleh ke belakang lagi. Angkat kaki dan balik ke kampung membina hidup baru. Buka kedai jahit dan sekarang sudah ada ramai kakitangan. Rezeki semakin banyak, duit banyak dan hidup bertambah tenang dan senang.
16. Selepas kehidupannya agak kaya, madu pula tidak berpuas hati. Dipaksa juga bekas suami buat bisnes, buat loan, buat bisnes kedai makan dan akhirnya lingkup. Sekarang, menanggung hutang dengan bank. Dari memiliki kereta Harrier, sekarang sudah downgrade ke Perodua Viva. Sekejap saja Allah nak tarik.
17. Selepas tiada suami yang bergaya, melawa sebab tak ada siapa nak tanggung, ada duit sendiri, masa ada suami macam mayat hidup, tiap-tiap tahun beranak. Yang jaganya dia seorang, duit tak ada, suami nak belikan make up dan baju? Haram! Kahwin lain adalah.
18. Sekarang dia sudah kurus dan cantik. Duit banyak, giliran madu pula hidup susah main dengan anak-anak kecil. Madu yang dulunya kurus sekarang sudah gemuk. Tambah pakej lagi bila madu dia ini pandai menjawab. Kalau tak kena, habis pinggan mangkuk dilempar.
19. Semasa saya menguruskan kes kakak ini, hampir 3 tahun bekas suami cuba merujuk kembali dengannya. Caring dan terlampau baik. Tetapi kakak ini, buat tak tahu dan tak nak melayan. Suami dia, tunggu depan pintu, tunggu di tangga rumah, di mana-mana nampak saja bekas suami macam orang tak betul, gila talak.
20. Sempat lagi kakak ini bergurau.
“Kakak ni termasuk dalam salah seorang janda yang tiada suami baru pandai nak melawa. Orang asyik mengata kita tak pandai nak jaga suami, suami lari baru nak bergaya. Tetapi orang tak tahu kita jadi mayat hidup sebab ada suami yang tak guna.
“Miskin tetapi ada nafsu dan citarasa tinggi tetapi tak menyumbang apa-apa kecuali air mani buat kita beranak setiap tahun. Selepas itu bukannya nak berterima kasih, tetapi dijadikan modal pula untuk menghina isteri. Baik hidup sendiri, ada duit sendiri dan tak payah menanggung biawak di rumah.
“Dah ada yang baru, yang lama dibuang. Sekejap saja huru hara hidup. Biarkan dia rasa,” katanya membuatkan saya tergelak.
Semoga menjadi teladan buat semua. Terkesan pada kata-katanya itu. Miskin tetapi nafsu dan cita rasa tinggi tetapi tidak menyumbang apa-apa. Semoga suami kita, anak-anak kita, saudara lelaki kita menjadi suami yang bertanggungjawab dan baik pada isterinya.
Post a Comment