Dikecam TERUK Kerana Hadir Hari Pengebumian Nenek, Ini Penjelasan Ozlyn.. Betul Ke Sampai Macam Ni ???
Johan Dikecam Hadiri Pengebumian Keluarga? Hati siapa tidak tersentuh apabila melihatkan insan tersayang pergi namun lagi teruk melihat komen komen warga laman sosial yang berlagak Tuhan menjatuhkan hukum kepada Johan (Raja Lawak) kerana menghadiri pengebumian neneknya baru-baru ini. kesian johan
Niat hendak berkongsi bertukar menjadi sedih. Berkongsikan perkara tersebut di Instagram, Johan menyatakan bahawa dia sempat memberikan penghormatan terakhir buat neneknya yang sudah meninggal dunia baru baru ini. Namun perkongsian tersebut bagaimanapun mendapat reaksi berbaur daripada warga laman sosial.
Ada yang menyifatkan tindakan Johan memberi penghormatan tersebut adalah tidak selari dengan ajaran Islam malah ada juga yang menyatakan pakaian Johan dan isteri menyerupai ahli keluarga yang lain adalah tidak dibenarkan.
Untuk pengetahuan semua, Johan sememangnya berasal dari keluarga berbangsa Cina malah perkara tersebut pernah diceritakan melalui sebuah iklan sempena hari raya. Sementara itu, dalam muat naik gambar lain di Instagram, Johan meluahkan rasa yang terbuku di hati ibunya.
“Mak buat muka happy walaupon hanya kami je yg tau perasaan dia.. mak ckp terima kasih pada semua yg ucap takziah.. x lupa jugak pada yg kecam.. mak ckp "bgtau dorg, walaupon mak penah makan babi.. mak x bodoh.. dan mak jugak x pandai.. n until now mak still belajar agama.. smp mak ckp " islam bkn agama yg menghukum tp islam itu ada hukumnya" utk pengetahuan korg.. family cina kami ramai yg ada ig.. n mereka baca semua komen.. sampai ada yg sedih.. pls la jgn buat malu.. kami walaupon berlainan agama hubungan kami sgt rapat.. smp balik raya cina babi pon xde atas meja sb respect kami..so kita yg satu agama ni jgn asik nak bertelagah dan mencari kesalahan org lain...Fikir yg baik2 #bilahatisudahhitam #xmakanbabitapiperangaimcm”
“Dan mak jugak tak pandai. And until now mak still belajar agama. Sampai mak cakap, Islam bukan agama yang menghukum tapi Islam itu ada hukumnya,” kongsinya di Instagram. Semoga Johan dan keluarga tabah menghadapi dugaan tuhan tuhan di laman sosial ini.
Post a Comment