Dakwa Anak Ustaz Kazim Paksa Blowjob Di Tahfiz, Ibu Pelajar Tersebut Berdepan Saman 8 Juta Dari Ustaz Kazim

KUALA LUMPUR, 21 Nov ― Datuk Kazim Elias menuntut RM8 juta daripada ibu pelajar sekolah tahfiznya yang didakwa menfitnah berhubung isu pencabulan seks, Ogos lalu.

Dakwa Anak Ustaz Kazim Paksa Blowjob Di Tahfiz, Ibu Pelajar Tersebut Berdepan Saman 8 Juta Dari Ustaz Kazim
Dakwa Anak Ustaz Kazim Paksa Blowjob Di Tahfiz, Ibu Pelajar Tersebut Berdepan Saman 8 Juta Dari Ustaz Kazim

Pendakwah popular itu, pengasas Pusat Pendidikan Al Barakah di Ipoh, juga menuntut wanita tersebut memohon maaf secara terbuka di akhbar dan laman sosial Facebook

Tuntutan itu mestilah dibuat dalam tempoh tujuh hari mulai tarikh serahan surat tersebut, hari ini, demikian menurut firma guaman beliau, Khairul, Suhaila and Hazlina.

Menurut surat tuntutan itu, bertarikh 18 November, Kazim mendakwa coretan wanita itu pada 2 Ogos lepas memfitnah dirinya, pusat tahfiz miliknya dan menjejaskan reputasi kedua-duanya.

Walau wanita itu tidak menyebut namanya dan sekolahnya tetapi bahagian ulasan pembaca Facebook menyatakan dengan jelas, kata Kazim lagi.

Akibatnya, menurut surat tuntutan itu lagi, Kazim dituduh seorang pedofil yang menggunakan sekolah untuk menarik pelajar dan mencabul mereka.

Hujung Ogos lalu, Kazim menafikan wujud pencabulan seks terhadap pelajar pusat pendidikannya seperti tersebar di media-media sosial.

netizen yang mendakwa anak ustaz kazim paksa blowjob


Pada 24 Ogos, polis mengesahkan menerima aduan mengenai dakwaan pencabulan seks di situ dan mengambil keterangan 10 individu termasuk pelajar, pengadu dan sekolah terbabit.

Kes tersebut disiasat menurut Seksyen 377E iaitu merangsang seorang kanak-kanak di bawah 14 tahun untuk melakukan kelucahan melampau.

Peguam pendakwah itu, yang sering muncul di televisyen, Firdaus Mohamood ketika dihubungi turut mengesahkan surat berkenaan diserahkan hari ini.

MY NEWS

No comments

Powered by Blogger.