Home
/
Info
/
Caj Wad & Rawatan Dijangka Naik 50% Bermula Disember Ini. Lepas Ni Apa Lagi Korang Nak Naik Kan???
Caj Wad & Rawatan Dijangka Naik 50% Bermula Disember Ini. Lepas Ni Apa Lagi Korang Nak Naik Kan???
Caj wad dan rawatan di seluruh hospital kerajaan di Malaysia dijangka akan naik sehingga 50% mulai Disember ini, lapor Kosmo!
Kenaikan tersebut melibatkan pesakit-pesakit yang dirawat di kelas 1 dan kelas 2. Kenaikan itu juga dikatakan melibatkan semua jenis rawatan untuk warganegara seperti bayaran wad am dan wad bersalin, rawatan peskait ditahan dalam wad, fisioterapi, radioterapi dan nuklear, nefrologi serta psikiatri.
Bagaimanapun, pesakit warganegara yang memilih untuk dirawat di kelas 3, caj wad dan rawatan kekal dengan kadar lama.
Lapor Kosmo lagi, taklimat berhubung kenaikan caj perubatan di hospital-hospital kerajaan itu sedang berlangsung secara berperingkat melibatkan semua zon di seluruh negara sejak Oktober lalu.
Selepas itu, berkuat kuasa mulai 1 Disember ini atau selewat-lewatnya Januari 2017, semua caj rawatan di hospital kerajaan akan dinaikkan 50%.
Menurut satu sumber di Kementerian Kesihatan kepada Kosmo, antara alasan utama kenaikan tersebut disebabkan caj rawatan di hospital kerajaan didakwa tidak pernah dinaikkan sejak tahun 1982. Selain itu, kenaikan tersebut juga didakwa dibuat ekoran caj rawatan di hospital-hospital kerajaan masih rendah berbanding negara-negara ASEAN yang lain.
Sebelum ini, viral sekeping surat dari Kementerian Kesihatan di media sosial mengenai pelaksanaan perkhidmatan pesakit bayar penuh yang menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan orang ramai.
Bagaimanapun dalam kenyataan media KKM menyebut, caj yang dikenakan kepada pesakit luar masih RM1.00 di Jabatan Pesakit Luar Am dan RM5.00 di Jabatan Pesakit Luar Pakar yang merangkumi pendaftaran, perundingan, ubat-ubatan dan segala siasatan.
Post a Comment